Sunday, 12 August 2012

Secangkir ucapan,kilauan harapan (episod 2)




Assalamualaikum semua.. harap sihat sentiasa..
moga hati disinari sinar iman

episod 1

sambungan : 

'' Teacher nak tengok kamu jadi pelajar terbaik & bawa balik Anugerah Pelajar Terbaik ke Malaysia, Cabaran mnjadikan manusia hebat. Cabar diri sendiri utk menjadi terbaik.I know you can do it. Teacher sangat bangga dengan Hanif, you just go on and no more looking back. '' 



ungkapan yang melekat di minda hanif setiap saat dan ketika. Dia tahu , dia bukan insan hebat, bukan insan yang usaha biasa-biasa untuk berjaya...tapi insan yang perlu usaha luar biasa untuk bergelar juara..
perlahan-lahan hanif mengelap titisan peluh tanpa mengeluh,  tabah dan sabar dugaan ditempuh, hanya berbekalkan semangat juang yang utuh, terus melangkah dengan  padu dan  teguh..

satu hari, terdengar panggilan ayah di pagi hari memecah kesunyian, suara yang bercampur sayu berulamkan pilu, seakan mengkhabarkan sesuatu yang mengundang duka yang membuku..

''nif, hanif dah besarkan nak?... ayah nak hanif sabar ye, terima dengan tabah ye nak'' ujar ayah tenang.
''kenapa yah? hanif tak dapat interview JPA ke??, tak pe yah.. rezeki Allah kasi luas, mungkin rezeki nif ada kat mane-mane''^_^, sambung hanif tenangkan diri.
''bukan nak, nenek nif baru meninggal tadi, baru beberapa minit tadi, ni abang sepupu ko tepon ayah, dah-dah, cepat kemas-kemas, kita balik kampung sekarang jugak!''

''innalillah hi wa innalillah hi rajiu'n..'', sebak, pilu, sayu, terkulai kaku , terdiam seribu bahasa, hanya tunduk layu penuh pilu mengenangkan pemergian nenek yang dirindu.



perlahan-lahan hanif mengankat tangan, menadah tangan yang kian basah dengan renjisan air mata, teringat keadaan neneknya sebelum ini, muntah darah, saban hari minum susu sahaja.. terkadang susu berwarna pink dek kerana darah merah penambah warna , sedih dan pilu menahan rindu..

Tatkala tiba di rumah, saudara mara lain sedang menangis teresak-esak. Tangannya masih lagi menggenggam naskhah yassin. Semua terdiam seribu bahasa, keliru sama ada hendak tegur atau tidak. Lantas hanif duduk , disertai wuduk, doa dilafaz penuh tawaduk, di baca yassin dengan khusyuk, mengharapkan rahmat si pemberi petunjuk..

Hanif teringat  isi blog ''CAHAYA HATI KITA'' yang dilayari selama ini:

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah,maka terbahagilah dia kepada lima:
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

  5 perkara beserta ubatnya:
a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.


Hari-hari diteruskan seperti biasa, meskipun tiada senyuman dari nenek tercinta..
berkat rezeki Allah , Hanif berjaya memperoleh biasisiwa ijazah ke luar negara di timur tengah. ''Alhamdulillah'', itu sahaja lafaz yang terungkap membasahi bibir si anak muda, rezeki yang mengundang kesyukuran yang tak terhingga, senyuman terukir menghiasi wajah ^_^

Ketika mengikuti kelas persediaan di malaysia, banyak pengalaman yang di lalui Hanif, mengajar erti sabar dan tabah di dada, mengenal erti pepatah cinta, tahu erti sahabat sebenarnya, memahami erti bernafas dalam jiwa hamba, ramai sahabat seperjuangan memberi nasihat dan kalam penenang jiwa, tunduk patuh dekati yang esa, tersenyum syukur merasai nikmat bertuhan yang terungkap nyata, ''alhamdulillah''..
Hanif sedar, nasihat di beri kerana sayang, kerana cinta kepada Allah, kerana cinta kepada hamba dan tuhan, untuk bersama di syurga, nasihat datang dari hati yang murni, inginkan kebaikan, nasihat itu sifatnya memperbaiki, menaiktaraf, dan menambah amalan sedia ada, agar bertemu ke semuanya di syurga..

seringkali terungkap di lubuk hatinya:

 ''tidak mengapa andai  tiada harta dan tiada pangkat utk keseronokan dunia. cukuplah  berseronok dengan amalan kepada Allah. Ini sahaja hiburan yang ada. Mudah mudahan Allah terima amalan yang tak seberapa ini . Kalau Allah masukkan ke syurga dan jika diizinkan Allah utk memilih sorang untuk ditarik ke syurga... Insyaallah akan ku tarik dirimu sahabat"

Setelah  3 bulan di kelas persediaan , maka berangkatlah hanif ke timur tengah, hati bercampur sayu, meninggalkan ayah bonda, dan keluarga tercinta , tetapi, tidak mengapa, mungkin telah tertulis rangkap perjuangan terlakar di timur tengah bumi anbiaya'..
Setibanya di sana, hanif menuntut ilmu seperti biasa, kilauan harapan menjadi bekalan semangat serta rencah adunan  melakar ilmu di sudut minda, setiap kata yang terungkap di bibir pensyarah di rakam menerusi lenser telinga dengan penuh cermat, di simpan kamera hati dengan penuh tawaduk mengharapkan kasih tuhan, agar ilmu dibertkati diredhai tuhan..
Lama-kelamaan peperiksaan menjelma, bagai sukar di percaya masa berlalu begitu pantas hingga tak terasa.., dari peperiksaan pertengahan tahun, hingga ke akhiranya, ada yang berjaya, ada yang berduka. 

Hanif sedikit kecewa, bukan tidak mensyukuri nikmat yang ada, cuma tidak mengerti mengapa usaha yang di semai tidak berbunga, saban malam berjaga bersengkang mata , tetapi keputusan peperiksaan yang mengundang hampa..
Meskipun dia tidak gagal, hanya lulus merangkak di tepian rapuh menanti retak menunggu belah, cukup makan bergelar najah.. dia tetap bersyukur, meski kejayaan dan kilauan harapan tidak mampu di balas dengan mutiara kejayaan..cuma pilu mengenang nasib sahabat lain yang tumpas perjuangan pertama. terpaksa kembali menempuh perjuangan kedua yang penuh dengan cabaran dan duga


HANIF SEDAR , dia tidak disuruh mencari sedih.. namun dia sedar sedih tu yang membawa dia berjumpa Allah..
dia SEDAR sedih tu bukan miliknya, tapi sedih itu mengajarnya erti tabah..saki baki kesedihan yang tersisa digunakan untuk terus tabah.., mencari kasih sayang tuhan untuk teguh melangkah..jauh dari sudut hati Hanif, hatinya ingin berbicara kepada sahabat:
wahai sahabat2..
tidak mengapa andai kau bersedih..kerna sedih itu membawamu bertemu Allah
tidak mengapa kau bersedih, kerna sedih itu membawamu keluar dari kepompong kelekaan..
ramai orang yang menemui Allah ketika dia sedih..tak ramai yang cari Allah ketika gembira
Allah tahu apa terbaik buat setiap insan
dalam kerentanan hati dihiris kegagalan
usah putus asa di pertengahan jalan
padukankan langkahmu tetapkan pendirian..
biar diri ditimpa ujian..
jangan gusar, putus asa dan hilang harapan
letakkan keyakinanmu kepada tuhan..


TAQWA is Directly Proportional to AGE SECOND, HOURS and DAYS,  langkah tetap diteruskan tanpa ragu dan gundah, semangat terus terisi dengan tautan kasih kepada Allah, hati terus mekar disinari kilauan tawakal dan usaha yang termetrai indah, mengikat sinar janji agar diri teguh melangkah..
Hanif meneruskan perjuangan di rantauan, mencari ilmu untuk anak watan, menuntut ilmu untuk redha tuhan,berbekalkan tinta semangat tersisa memenuhi rongga jiwa, doanya pada tuhan agar kejayaan di bawanya dan sahabat dunia dan akhirat..^_^

kesimpulan:
biar  jatuh..
bangkit penuh teguh..
biar hilang semangat,
bangkit merangkak terus menyengat..
biar bersedih,
asal hati tak putus harapan..

terus maju kehadapan berbekal kasih tuhan,
untuk menggapai kejayaan berkekalan ,
dunia dan akhirat yang diidamkan..








2 comments:

  1. macam macam perasaan ada bila baca episod kali ni.. penyampaian yang berkesan..banyak pengajaran :')

    ReplyDelete
  2. ya!.sangat menarik..keep on writing..moga2 dapat dimanfaatkan kpda seluruh shbt di luar sana .

    ReplyDelete