Thursday, 6 September 2012

sweet macam gula2, tapi kasih Allah lagi power..


Assalamualaikum semua ^_^
harap, semua sihat sentiasa,
alhamdulillah atas nikmat kurnian iman dan islam..
moga kita pergi dalam nafas iman, husnul khatimah..
insyaAllah..

hihi, hari ni admin ade cerita baru untuk awak semua..
ini cerita sebelum dibaca perlu sediakan bekas 
takut2 geli termuntah bila bace, hehe...



cerita ini telah lama berlalu, pada tahun 1989, di suatu kawasan yang terpencil..
tempat yang bertiup udara yang nyaman, yang mampu menegakkan bulu roma,
dan angin yang memenuhi rongga iman 
tinggal suami isteri di 1 kawasan..
bermulalah dialog mereka..

Seorang Isteri bertanya kepada suaminya : “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?
Suaminya memandang muka isteri dan berkata :: ” Saat itu belum terjadi lagi..
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya 
‘Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”

suaminya lalu berkata lagi''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''.. 

si isteri menangis tak dapat menahan sebak di dada...
bagai tak disangka... keesokan harinya,  si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya..
ketika si suami dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta..
masih tersimpan di genggamannya  nota kecil yang suaminya hadiahkan kepadanya :

''biar berjauhan asalkan hati tak berubah, dan biar tak jumpa asalkan hati tak lupa''

seorang isteri menangis menahan sebak di dada.
 nak mandikan jenazah suami dia.. 
                                                  bapak mertua dgn polis forensik tak  bagi.. 
sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. ''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..


dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal?

lalu ustaz tu kate tidak mengapa  kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. 
ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 



dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."



membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."



membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"




membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"






selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu

dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah..menitis airmata admin terbaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..



"Jika betullah kita sayang dia, tapi kita belum mampu jaga dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu."







kesimpulan dari cerita ni:
ini baru kasih hamba kepada hamba..
belum kasih tuhan kepada hambanya..
kasih Allah luas seluas-luasnya :

Dan jika hamba-hamba KU bertanya tentang AKU, maka katakanlah bahawa sesungguhnya AKU dekat. AKU akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada KU.
Maka hendaklah mereka menyahut seruan KU (dengan mematuhi perintah KU), dan hendaklah mereka beriman kepada KU supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah 2:186) -n.i-


dalam hidup yang terlalu sementara,
marilah mencari redhanya..
carilah cinta Allah dan rasul..
carilah bekalan amalan akhirat..
agar kita sentiasa dalam redhanya..

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".



kita tak tahu kapan tiba ajal kita..


persis si suami yang tak tahu kapan ajalnya..
namun telah mengikat janji untuk bersama hingga ke syurga..
andai kita selalu ingati mati, dan sentiasa mengingatkan orang lain tentangnya..
insyaAllah kita pergi dalam keadaan alert untuknya..
bahkan andai kita sentiasa kongsikan benda baik dan bermanfaat..
kita sendiri akan mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang dikongsikan..
ilmu yang baik ibarat ranting pokok yang banyak cabang..
ilmu bermanfaat membantu kita selepas kembali padanya..
agar sama-sama beroleh manfaat ^_^






2 comments:

  1. ya allah...sedih nya..
    moga hati ini terus mencintai mu ya allah

    ReplyDelete
  2. menusuk ke kalbu...semoga istiqamah dlm mengejar cintaNya..

    ReplyDelete