Thursday, 9 August 2012

Secangkir ucapan,kilauan harapan (episod 1)

Assalamualaikum..
sihat ke semuanya?
kali ni nak buat kelainan sedikit..
tercipta cerpen ringkas khas buat anda semua ^_^
coretan kisah seorang sahabat..
yang diadaptasi menjadi 1 warkah berlagu pilu..

coretan kisah sahabatku ini ,aku lukiskan buat tatapan anda semua,
 agar yang gagal tidak gagal selama-lamanya, 
yang sedih tidak hanya berpeluk tubuh berputus asa, 
yang pilu tidak hanya menyendiri memendam rasa, 
sebalik bangkit menjadi seorang   JUARA!!!


Kisah ini berlaku di sekolah lamaku, sekolah yang membentukku menjadi aku sekarang..
cerita yang bermula dengan watak hanif(bukan watak sebenar). Seorang pelajar yang mempunyai azam yang kuat, semangat yang jitu, jati diri yang kukuh, jiwa yang bertalu kesopanan dan keikhlasan, cuma sedikit serabut menjelang peperiksaan.

Hanif seorang pelajar yang bijak, dia hebat dalam ilmu matematik, sains dan geografi, kalau buku teks sejarah tu, berapa minit sahaja dia mampu hafal.. Hampir setiap kali peperiksaan keputusan peperiksaannya cemerlang, cuma kadang kali tersungkur ke tangga ke dua, dek kerana bersaing dengan seorang pelajar perempuan yang hebat di kelasnya,  ligat kecekapan mengiringi tautan azam yang kukuh....

Saat dan ketika setiap kali peperiksaan tiba, restu ayah bunda menjadi adunan lengkap menghiasi rasa dan nadi fikiran hanif untuk berjaya, tidak kira sesibuk mana dia menuntut ilmu, apabila di suruh ibunya untuk melakukan kerja, tidak sekali hanif menolaknya. Tersingkap di lubuk hatinya kepayahan dan kesulitan ibunya membesarkannya sewaktu kecil dengan penuh kasih sayang, ikhlas dan senyuman, tidak mampu untuk diukir dangan tinta dakwat mahupun renjisan air mata.

Tapi, hanif mempunyai masalah yang sangat besar dan sukar untuk di atasi, dia begitu lemah subjek bahasa inggeris, yang dahulunya menjadi subjek kejatuhan yang menjunamkan kedudukan keseluhan di sekolah. Setiap kali peperiksaan, subjek lain semua A, 80 atau 90 keatas, tetapi, bahasa inggeris 40, kadang-kadang 60 sahaja. Derita fikiran yang membuak seakan menghancurkan kilauan harapan ayah dan bonda. Hanif tahu dia bukan orang senang, ''hadiah kejayaan mesti di berikan sebagai kilauan mutiara sang juara kepada ayah dan bonda'', kata-kata yang sering terungkap di minda mengiringi kerisauan di dada.




''Tidak mengapa Hanif, aku tahu engkau mampu menggalasnya!'', bicara sahabat mengubati kekeringan tinta ketenangan di hati. Ketika di tingkatan tiga, dia bertemu dengan seorang guru perempuan yang sangat baik, 'concern' dengan anak murid dan sangat ramah dan ceria, Azria(bukan watak sebenar), seorang guru yang cantik, baik dari segi akhlak , mahupun tingkah laku.Aku sendiri sangat cemburu melihat sahabat aku Hanif dengan guruku ini, Hanif setiap hari berjumpa dengan cikgu Azria untuk menambah aset ilmu di dada, cikgunya memberi sebuah buku untuk di tulis perkataan bahasa inggeris berserta makna, dan di periksa setiap hari. Satu usaha yang menampakkan kilauan kejayaan di balik peluh yang menitis.

Alhamdulillah, berkat usahanya, 'subjek killer '' semakin kurang bisanya, Hanif semakin cemerlang tapi masih berbaki sedikit butiran kilauan yang kurang terukir di lubuk mindanya.Beberapa ketika, guru bertukar, Teacher Mazlina namanya, yang ini watak sebenar, ^_^. Seorang guru yang berwawasan, tegas, berdisiplin, berfikiran jauh, penyayang, kilauan harapan dan silauan mutiara bersinar menerusi celikan matanya. Aku pun seram melihatnya. Kali pertama  Aku dan Hanif bertemunya, tercacak sprite bulu roma kami.

Kini peperiksaan percubaan PMR tiba, segala ilmu di curahkan menerusi tinta dakwat yang disambung khas bersama lubuk minda Hanif yang teguh berusaha. Seluruh keringat diperah demi kejayaan yang dicita, terkadang hingga menitis air mata Hanif ketika peperiksaan, penuh perassan menjawab soalan berbekalkan roh perjuangan ayah bonda tersemat di dada.

Kini keputusan peperiksaan tiba, alhamdulillah semua gembira, ceria dengan keputusan mereka,tetapi Hanif agak berduka dengan gred C bahasa inggerisnya, 64 markah, dia peroleh 7A1C. Tanpa rasa takut dia pergi ke bilik guru, meminta teacher Mazlina menambah markah agar grednya naik. Fikirannya  cetek, kurang bijak , pelek , tidak waras dan dahagakan kejayaan, sedangkan keputusan  rasmi belum keluar. Begitu marah gurunya atas tindakannya itu, tidak sangka insan bergelar pengawas, pelajar cemerlang, pelajar contoh, bertindak sedemikian rupa, kurang adab dan tidak sabar.




Tiba di kelas, gurunya menengking dan memarahinya dihadapan orang ramai.: 

''kamu ni, kenapa tak sabar macam tu?? serabut kerja saya.. kamu tahu tak kamu ni pengawas?? pelajar contoh? pelajar cemerlang?, tapi macam ni kamu buat!! gara-gara kamu saya tak naikkan markah 1 kelas!! saya betul-betul marah ni, kamu tahu.. kamu memang tak bertanggungjawab!!! saya kecewa dengan kamu!!'' , saat itu, aku lihat lelehan airmata menitis di pipi Hanif . Kilauan mutiara air mata menitis, puas Hanif menahan sebak di dada, akhirnya rebah dimamah pilu di jiwa. Hanif sangat menyesali perbuatan yang dilakukan, mungkin ada hikmahnya dia dilakukan seperti itu. Manusia perlukan tolakan yang kuat untuk berjaya, mari sama-sama kita saksikan apa berlaku seterusnya ^_^...

Sejak dari itu, Hanif kurang bicara,bahasa inggeris dipelajari setiap detik dan ketika , aku lihat gerak gerinya seakan-akan insan yang bukan biasa, bukan Hanif yang aku kenal di satu ketika, tersangat rajin dan bercita-cita, aku pula yang bersemangat melihatnya. Semuanya sebab apa? sebab KEGAGALAN!!, dia bangkit dari tersungkur, bangun dari terperosok, tersenyum dari muraman yang berpanjangan, dan roh perjuangan membara mencari tinta kejayaan yang diidami. KEGAGALAN bukan pemusnah!, KEGAGALAN  bukan raja segala gundah!!, Kegagalan bukan bererti titik noktah!!, Tapi satu permulaan langkah untuk istiqamah bermujahadah!!, terus maju bertawakal kepada Allah, jangan sedih, Allah bersama kita setiap detik dan ketika..^_^..

Sangat mengejutkan, markah bahasa inggerisnya meningkat tinggi pada peperiksaan yang mandatang. SANGAT SUKAR DI PERCAYA!! semua tertanya-tanya resepi kejayaannya.Masa terus berlalu, akhirnya, peperiksaan sebenar tiba,berkat usahanya dia peroleh kejayaan 8A PMR, senyuman terukir di wajahnya setelah lama bermuram durja, berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama penuh yang terbaik di malaysia, , Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan kejayaannya, aku pun alhamdulillah cemerlang...
1 ketika warkah pilu ini tertulis semperna hari guru, dia lakar tulisan ini buat gurunya teacher Mazlina.




Muhammad Hanif:

assalamualaikum..
teacher maz..selamat hari guru..terima kasih sangat-sangat teacher...
teacher , saye rase bertuah Allah pertemukan saya dengan teacher dulu..

serius, saya takut sangat gan teacher dulu...tapi... teguran dan marahan yang teacher lontarkan,
sampai meleleh air mata saye, menjadikan saye diri saye skrg....
teachar mengajar saye erti amanah dan teguh berusaha...sejak teacher marah saye dulu, saye nak tebus kesalahan saye, saye berjaga sepanjang malam bace kamus dan ulangkaji BI...

mungkin skrg tidak ada sape yang boleh marah saye macam tu lagi,
mungkin ramai tidak suka  dimarah macam tuh...
tapi, itulah pengalaman terindah dalam hidup saya  ^_^..

teacher.. sekarang saye dah tak rajin macam dulu..,
teachar doakan saye ye..
mungkin banyak dosa saye kat Allah..
saya dah cuba sebaik mungkin kt sini..
bile saya malas. saye slalu bayangkan teacher tengah marah saye...mase tuh baru rajin semula ^_^..
kenangan belajar gan teacher dulu akan saye semat dlm hati sampai bila2...

besar sangat martabat teachar di sisi agama..
riwayat tarmizi:
semua dilangit dan bumi, serta ikan dilautan bahkan semut di lubang berselawat kpd org yg mengjar kebaikan kepada org lain...




Teacher Mazlina:

·         Waalaikummussalamwarahmatullah.. Semoga Allah sentiasa merahmati & memberkatimu, anakku. Teacher tersenyum & tersentuh membaca setiap perkataan yang Hanif tulis. Teacher sentiasa doakan Hanif berjaya di Dunia & akhirat.  Teacher nak tengok kamu jadi pelajar terbaik & bawa balik Anugerah Pelajar Terbaik ke Malaysia, I know you can do it. 

     Kamu Perlukan tolakkan yang kuat untuk melonjakkan kamu. Cabaran mnjadikkan manusia hebat. Cabar diri sendiri utk menjadi terbaik. Teacher tak ade magic nak buat kamu berjaya, teacher cuma ade ilmu untuk dikongsi dengan anak bangsa. Teacher sangat bangga dengan Hanif, you just go on and no more looking back. 

      
       Walau jatuh, tetap bangun, biar bertongkatkan tangan, terus melangkah. Ingat kejayaan hari esok, dimulakan dgn langkah pertama hari ini. Practice make perfect. Teacher maafkan Hanif zahir, batin, Dunia & akhirat. Teacher benar-benar berharap agar Hanif terus berjuang Demi Allah.. Apa-apa yang kita lakukan adalah untuk Allah. Allah nak kita berjaya.menjalankan Amanah sebagai manusia.

nak tahu sambungannya?? nantikan episod akan datang..... hehehe


kesimpulan bagi episod 1:

''Usaplah keringat yang mengalir membasahi keningmu
Angkatlah ke atas dagumu yang tertunduk layu
Jangan menyerah dibalik akal yang membeku
Jangan mengalah andai kejayaan bukan milikmu

Bangunkan, bangkitkan semangat juangmu 

Yakinlah,kejayaan pasti menjemputmu
Berbanggalah kerana kau adalah Sang Juara nombor satu!!!

justeru usah bersedih dan berwajah pilu,

aku jua merasa penderitaanmu,
kerana kita pernah bersama menempuh duga suatu ketika dahulu..
asalkan menuju matlamat yang satu!
kejayaan najah mumtaz dunia akhirat idamanmu..

 hehe..jemput komen yep...^_^




2 comments:

  1. setiap yang manis itu diiringi kepahitan sebelumnya..~

    ReplyDelete