assalamualaikum..
kehadapan
sahabat-sahabatku yang jauh di mata, namun nun dekat di hati.. roh perjuangan
kita masih membara.. :) rindu kat korang..
teringat
detik indah kita bersama, detik suka dan duka serta ujian yang menimpa..
yang
mendidik kita sabar dan ikhlas menerima hadiah ujian Allah dengan senyuman dan
hati yang redha..
kenangan
kita semua bersama, gimik yang tak jadi, saleh yang
glamour, hizami yang berlakon gastrik dan isteri solehahnya, anda yang bergaya.. masihkah
korang ingat??
meskipon
dinner kita berlatarbelakangkan perkara yang tidak di jangka,
anda
semua tetap hebat perjuangkan bahtera ukhwah yang di kemudi bersama..
kita
satu bahtera, andai sorang sahabat kita jatuh, semua terjun selamatkan bersama
:)
itulah
hakikat ukhwah yang dicita..
baru-baru
ni balik malaysia.. tika tengah transit di abu dhabi, tergerak hati nak tengok
result..
lalu
di bukaknya laptop, dan iqmal and fikri is online...''iqmal boleh tengokkan
result aq?''. kata aku..
''boleh
:)'' ceria jawapan iqmal.. fikri lambat reply..haha...
tapi...
aku sedih memikirkan jalanan payah dan duri yang tajam yang terpaksa sahabat2
lain tempuhi dek kerana mendapat oncall awal lepas raya, memenuhi wadah
perjuangan bahtera bergelora.. berkecamuk hati ini..
duhai
sahabat..
aku
tahu kau kuat!
aku
tahu kau hebat!
aku
tahu kau rakan terhebat!
aku
tahu kita akan bersama mengemudi bahtera bergelora bersama...
suka
duka kita..gelak tawa kita
indahnya ukhwah... :)
andai
di lemparkan benih yang baik jatuh ke laut..
nescaya
akan menjadi pulau..
andai
dilemparkan benih persahabatan yang ikhlas di lubuk hati semua
nescaya
persahabatan ini kekal hingga ke syurga..
Andai
yang di hajat tidak hadir seperti di minta...
usah gusar, gelisah dan duka..
tuhan ada menemani kita..
bkan hanya saat gembira..
tapi anytime Dia bersedia..
bersabarlah, kerana... :
Sabar ialah tabah hati tanpa
mengeluh dalam menghadapi cobaan dan rintangan, dalam jangka waktu tertentu,
dalam rangka mencapai tujuan. Islam mengajarkan bersabar itu indah.
Pertama, tahan ketika
menghadapi hantaman pertama. Rasulullah pernah bersabda, Innamassabru indassad
matil uulaa. Artinya: Sabar yang sesungguhnya ialah ketika menghadapi
hantaman pertama.
Kedua, ketika ditimpa
musibah, segera mengingat Allah dan mohon ampunannya. Firman Allah,
‘(Orang-orang yang sabar ialah) mereka yang ketika ditimpa
musibah, berkata, ‘sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami
akan kembali kepada Nya.’ (al Baqarah: 156).
Ketiga, tidak menampakkan musibahnya
kepada orang lain, seperti yang dicontohkan oleh istri Abu Talkhah
(Ummu Sulaim) ketika ditinggal mati anaknya. (dikisahkan dalam hadis
Riwayat Muslim).
Keempat, sabar menghadapi
semua cobaan dengan ikhlas kepada Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsy,
‘HambaKu yang mukmin, yang bersabar dengan pasrah kepadaKu ketika kekasihnya
Aku panggil kembali (mati), kepadanya takada balasan yang layak dari Ku
selain surga.’ (HR. Bukhari)
Orang Terbaik
- “Apabila
Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah
mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad
Firdaus oleh Dailami)
Firman Allah yang
bermaksud;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia
mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah AlBaqarah
: Ayat 286)
Syair Imam Syafie berkenaan sabar
Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat
dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah,
tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya,
Dia akan ada di mana orang itu mengharap
(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)
Penutup
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi
orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)
Selamat berpuasa sahabat2, balik dari cuti nanti, jangan lupa buah tangan..
selamat hari raya meskipun masih puasa.. mohon maaf dari hujung rambut kepala, hingga hujung kuku kaki.. :)
No comments:
Post a Comment