Thursday, 16 August 2012

Jelajah seorang hamba..




Assalamualaikum...
salam ceria dan salam ibadat
harap sihat semuanya, insyaAllah ^_^


terdetik kerisauan di hati, bagaimana nasib kita nanti..

bila termenung, terbayang apa reaksi sekiranya datang malaikat maut menyapa dan menjemput 
dikala dosa dan noda masih menjadi santapan harian..
luangkan sedikit masa untuk kita soroti nasib kita nanti..


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama 
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sumber: jurnalhajiumroh.com


10 jenis mayat yang tidak reput di dalam kubur:

  1. Para Nabi-Nabi
  2. Para Ahli Jihad Fisabilillah
  3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
  4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
  5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
  7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
  8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.



contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali Rahimullah tentang Dunia 


tentang seorang lelaki yang berjalan di hutan, ketika dia sedang berjalan, 
dia terlihat ada seekor singa sedang mengejar dia lalu dia berlari ke perigi 
kemudian dia melompat ke dalam perigi itu lalu dia yang terjatuh, 
dia sempat untuk memegang pada tali dan dia menarik nafas lega dan memandang ke atas dia melihat singa yang masih berlegar di atasnya sambil menunggu dia 
dan dia melihat ke bawah lalu di bawahnya terdapat seekor ular besar dengan mulutnya terbuka menunggu dia jatuh.

dia hanya bergantung kepada tali
dan dalam masa yang sama dia melihat tikus hitam dan satu tikus putih sedang mengigit tali tersebut.
di atas adalah singa, di bawahnya adalah ular
dan bergantung pada dia adalah tali...

kemudian dia melihat terdapat madu di situ lalu meletak jari ke dalam madu tersebut
dan dia meletakkan jarinya yang mempunyai muda ke dalam mulutnya.
Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus...

Imam Ghazali Rahimullah berkata ;
- Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kamu...
- Ular itu adalah kubur anda, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam...
- Tali merupakan umur hidupnya...
- Tikus hitam menandakan malam...
- Tikus putih menandakan hari...
- Madu adalah dunia yang di mana seseorang itu rasa kemanisan dunia sehinggakan dia lupa kematian, dia lupa kubur, dia lupa hari akan datang dia akan mati dan dia akan berdiri di hadapan pencipta...

jalan ke syurga itu, penuh onak dan duri, ranjau dan halangan..
menuntut diri berjuang menentang segala anasir songsang bertentangan dengan perintah Allah..
namun, jalan ke neraka itu mudah, selari dan seiring dengan kehendak hawa nafsu yang tertanam dalam diri,
jalan yang penuh keseronokan dan hiburan membawa diri ha nyut dari jalan kebenaran..

tetapi, disebalik kepayahan itu...
SYURGA menjanjikan KENIKMATAN..
disebalik keseronokan itu..

NERAKA mengotakan PEMBALASAN..

Justeru,sasarkan pilihan di tangan!
JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT TUHAN..
Teruskan memohon keampunan,BUKAN HANYA DI BULAN RAMADHAN.

Ya Allah, golongkan kami dalam kalangan orang beriman..
ALLAHUAKBAR!!





No comments:

Post a Comment