Assalamualaikum, salam ramadhan...
sihat semua?
moga sihat selalu...
sebenarnya admin nak ajak kamu semua skim cepat kaya..
bill gate pon kalah, kaya yang teramat kaya...tengok gambar atas tu..
tak dela... hehe hari ni nak cerita tentang..
bersihkan hati, tarbiah jiwa
memang bukan mudah, walau berusaha sehabis mungkin ..
kadang tetap tersungkur...
dugaan di dunia bukan mudah, kerana apa??
kerana syurga dijanjikan indah..
bila aku termenung memerhatikan sahabat2...
melihat gelak ketawa dan gurau senda...
terasa indah dan bahagia...
adakan akan bertemu kembali di syurga??
Habib Ali Al-Jufri pernah berkata:
"Jika Syaitan itu tak berputus asa untuk memasukkan dirimu ke dalam neraka, mengapa nak berputus asa untuk ke SYURGA?''
kita diciptakan di dunia sbg hamba..
Hamba ketika sujud, hamba ketika berjalan,
hamba
ketika bercakap, hamba ketika makan,
hamba ketika belajar, dan hamba dalam
setiap ketika.
Pendorong utama dalam melaksanakan sesuatu
dengan bersungguh-sungguh adalah dengan menjadi sebenar-benar HAMBA.
Kerana seorang hamba tahu bahawa Tuhannya sedang
melihatnya, meneliti amalnya, dan menyediakan balasan untuknya.
rehat kita belum tiba...
kalau sudah
sampai masa rehatmu..
Berlarilah bertemu tuhanmu..
andai malu dengan dosa yg tersisa....
ubah ia dengan taubat yg sebenar-benarnya..
saat para syahid sedang berkenalan dengan tetamu syurga..
kita??
kita masih mengira..
Antara amal,dosa dan pahala.
cukup ke bekalan kita ke sana??
kuatkah kita apabila nyawa direntap di sakaratul maut??
nabi kekasih Allah yg ditarik sehabis lembut...
sudah merasai sakitnya yg tak terkira...
kita??
tapi jangan binbang,
lap air derita...
sapu ubat gembira...
hilangkan gusar di dada..
Allah ada sentisa menerima taubat si hamba...
surah at-tahrim , ayat 8
Sentiasalah bermuhasabah
diri..dan.
Selalulah Perbetulkan niat...
Niatkan segala yang dilakukan hanya kerana Allah
:)
jgn putus asa mencari redha pencipta...
padukan hati ikhlaskan jiwa...
Ibnu Mubarak berkata : "Kadangkala amalan
yang kecil akan menjadi besar disisi Allah, Ta'ala kerana niat, dan kadang kala
amalan yang besar serta banyak akan menjadi kecil disisi Allah Ta'ala kerana
niat".
Kita melihat bulan yang sama.
Kita berada di bumi yang sama.
Moga kita menghuni syurga yang sama juga nanti
:')
Semoga mendapat manfaat.
Assalamulaikum :)
Semoga sentiasa diberi ilham utk membuat blog2 sprti ini, InsyaAllah. :) Perkongsian yang menarik. :)
ReplyDelete