Kaki melangkah merentas benua,
deruan angin menyambut mesra kedatangan kami. Hari yang cukup bermakna,
merentas negara menatap dan melihat kekuasaan Allah... Dari 25 januari hingga 7
februari 2014, cuti yang amat bermakna...
1.London
2.milan ,Itali
3.Austria
4.Hungary
5.slovakia
6. czech republic
sebelum teroka post ini, mari kita tadabur ayat quran.. surah al-mulk, ayat 15:
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
25 januari 2014

Maka, kami mulakan perjalanan
dari rumah ke stesen bas Tahrir untuk menaiki bas ke lapangan terbang sham
as syeikh. Perjalanan ke sana mengambil masa yang lama antara 7 hingga 9 jam,
sepanjang perjalanan kami ditahan tentera hampir 10 kali untuk memeriksa segala
dokumen untuk tujuan keselamatan, tak senang tidur dibuatnya, dengan kelengkapan bersenjata bersama baju
kalis peluru senapang m16, baju askar coretan hutan, maklumlah, 25 hb adalah tarikh revolusi mesir, kawalan sangat ketat ketika itu.
serta muka yang bengis laksana singa, kami diarahkan beratur bersebelahan beg masing masing untuk pemeriksaan. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah kami ketika ini....
hehe, ni askar malaysia, askar mesir baju die coklat sikit, pakaian askar tu lebih kurang macam nilah..
ni gambar hiasan.
serta muka yang bengis laksana singa, kami diarahkan beratur bersebelahan beg masing masing untuk pemeriksaan. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah kami ketika ini....
Setelah sampai ke stesen sharm
as syeikh, sekumpulan arab mengejar bas kami, sambil menjerit jerit, timbul
kerisauan dalam hati kami, "takkanlah kat sini pon ada
saurah???alamak...." agak ragu ragu
sebenarnya hendak turun bas, setelah turun, mereka mula bersuara, teksi, teksi,
teksi... "Eleehh... Mencari penumpang rupanya", buat saspen sahaja.
Seterusnya, kami bergegas menunaikan solat subuh, mengurus diri.
Setelah semua kontigen mula
bersiap siaga menerjah jalan raya dgn teksi yang bakal diurusniaga,sahabat kami
mengambil gambar di kawasan sekitar, dengan tenang dan gembiranya, dengan
kelengkapan kemara canggih dan terkini, tiba2...
Seorang pak cik mnyergah kami, bertanya apa tujuan kami disini, belajar apa, dan sebagainya, "eleh.... Pak cik teksi ni cari passengerla tu... Sibuk je , bueekk..." , kami menyangka pak cik ni pemandu teksi, setelah itu kami bergegas pergi tanpa menghiraukannya, hinggalah dia berkata, "saya polis, saya ada pistol, sambil menunjukkan pistol ".Rupa rupanya, beliau adalah polis mesir, mereka menyangka kami pengintip kerana mengambil gambar..
Aahhh... Seriuslah!!!! polis tadi membuat panggilan kepada seseorang dan seramai 7 orang askar lengkap bersenjata, m16, AK47,baju kalis peluru datang menaiki van menuju ke hadapan surau tempat kami tercegat berdiri.."rilex weyy... Kita tak salah, tenang sudah."..
lebih kurang ramai macam nilah askar yang datang,
apa muka kami muka penjenayah ke?? cuma mereka pakai baju coklat.
Seorang pak cik mnyergah kami, bertanya apa tujuan kami disini, belajar apa, dan sebagainya, "eleh.... Pak cik teksi ni cari passengerla tu... Sibuk je , bueekk..." , kami menyangka pak cik ni pemandu teksi, setelah itu kami bergegas pergi tanpa menghiraukannya, hinggalah dia berkata, "saya polis, saya ada pistol, sambil menunjukkan pistol ".Rupa rupanya, beliau adalah polis mesir, mereka menyangka kami pengintip kerana mengambil gambar..
suspek utama yang hensem, muka innocent je.. dengan kameranya..
hehe..
Aahhh... Seriuslah!!!! polis tadi membuat panggilan kepada seseorang dan seramai 7 orang askar lengkap bersenjata, m16, AK47,baju kalis peluru datang menaiki van menuju ke hadapan surau tempat kami tercegat berdiri.."rilex weyy... Kita tak salah, tenang sudah."..
"seriuslah, kita nak melancong, bukan melencong ke lokap..."
Setelah disoal siasat,mereka
bertanya, belajar di mana,melancong ke mana, kenapa tak bertolak dari
cairo,sedangkan cairo lagi dekat dari sharm as sheikh, kenapa ambil gambar dan
sebagainya, lantas kami menjawab, di sharm as syeikh tambang lebih murah, ambil
gambar pemandangan sahaja, tiada tujuan lain melainkan melancong ,setelah habis
segala beg kami digeledah, dan diselongkar, passport diteliti dan
alhamdulillah, kami dipermudahkan,
terbukti kami tidak bersalah bersalah dan dilepaskan... Mujur kerneh(kad
pelajar universiti) , passport lengkap bersama visa, tiket penerbangan, dan
segala butiran lengkap.Perjalanan diteruskan, seramai 7 org menuju ke london,
kami datang awal ke airport dan mula mengurus diri...
Setelah tiba di lapangan
terbang luton, kami pon berangkat pergi ke dewan Malaysia di queensway, mencari
money changer dan lantas pergi, oleh kerana tukaran di airport merugikan, kami
hanya menukar sedikit sahaja, dengan sangkaan ianya cukup untuk ke dewan
Malaysia.
Kami berjalan kaki lebih 1.2km dalam suhu 4°c mencari dewan malaysia berbekalkan peta dan bertanya orang awam dan akhirnya tiba tepat jam 11.25malam dan dewan Malaysia dah lama tutup, iaitu pukul 10 malam. "sudah..... Macamana nk tidur ni?? Nak solat jamak takhir isyak magrib.. Adehh...", hati terus bermonolog.
Setelah bertawakal, terdengar suara.. "what is your purpose here??, ada apa kat sinii??" menerusi satu alat di pintu. lega... Pegawai masih belum tidur, lantas kami pun masuk dan mula berehat,kami chek in 10 pound semalam, dan dikenakan depisit sebanyak 20 pound untuk kunci. Biliknya cantik macam hotel.Wang deposit boleh diambil setelah check out. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....bila bertawakal, semua Allah mudahkan.
train bawah tanah
dalam train bawah tanah
landasan...
Malang tak berbau, tambang keretapi dan bas sangat mahal, 5.90 pound , ada
yang 4.70. Kami menyangka perlu beli 1 tiket berulang kali, rupanya boleh beli one whole day ticket. Kesannya, kami kehabisan wang terpaksa berjalan dalam kesejukan malam yang mencengkam tubuh.. huhu.. pengalaman mengajar kita untuk lebih matang.
ingatkan ni dewan malaysia, rupanya ni hotel malaysia, pemilik hotel ni rakyat malaysia,
sebab tu ada bendera Malaysia.
Kami berjalan kaki lebih 1.2km dalam suhu 4°c mencari dewan malaysia berbekalkan peta dan bertanya orang awam dan akhirnya tiba tepat jam 11.25malam dan dewan Malaysia dah lama tutup, iaitu pukul 10 malam. "sudah..... Macamana nk tidur ni?? Nak solat jamak takhir isyak magrib.. Adehh...", hati terus bermonolog.
Setelah bertawakal, terdengar suara.. "what is your purpose here??, ada apa kat sinii??" menerusi satu alat di pintu. lega... Pegawai masih belum tidur, lantas kami pun masuk dan mula berehat,kami chek in 10 pound semalam, dan dikenakan depisit sebanyak 20 pound untuk kunci. Biliknya cantik macam hotel.Wang deposit boleh diambil setelah check out. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....bila bertawakal, semua Allah mudahkan.
pintu masuk Dewan Malaysia, di london, harganya 10 pound semalam.
pintu masuk bilik di rumah Malaysia.
suasana hujan di kota London..
double decker bus..
bangunan cantik , ada seni bina menarik di situ, berhampiran shopping complex.
Esoknya kami berjalan jalan
dikota london,sebelum itu, kami
bersarapan didewan malaysia yang menawarkan makanan malaysia, wow... Orang
singapura pon sanggup datang jauh-jauh semata mata nak makan kat sini,
berbanggalah rakyat malaysia, hehe..
kemudian, berbekalkan tiket tanpa had sehari perjalanan kereta api berharga 8.90 pound, kami berjalan jalan mencari shopping complex, dan melihat suasana keadaan sekitar, sungguh teratur dan sistematik, tangga bergerak semua berdiri belah kanan, belah kiri bagi mereka yang ingin memotong dengan berjalan laju.
Buahan sedap dan murah pisang sesikat 2..50 pound, apple 6 biji 2..50, susu 2..2liter berharga 1pound sahaja, hujan gerimis menambah kedinginan merangsang cold receptor di kulit khasnya tangan dan muka yang terdedah. Betullah kata orang, melancong bukan sekadar berseronok, tetapi mencari pengalaman, melihat budaya dan cara hidup, membuka minda dan mengambil sebanyak mungkin iktibar dari sudut yang baik.

Malamnya, kami ke west
brinstle berhampiran notting hill, menara jam dan eye of london, suasana yang
nyaman, pemandangan yang inda jelas menambah tarikan ke sini, ramai pelancong
dari korea, china dan lain turut ada di sini.
Ini pula pemandangan di tower
Bridge yg sangat cantik...
kaki di sempadan jambatan , jambatan ni boleh terangkat dan terlipat, puas melompat-lompat..
bila jambatan bergoyang semua tersenyum bangga, haha.. tak de kerja..
menara jam di London
Jam 7.00 pagi 28 januari2014
Kami berpecah, 3 orang ke norway, dan aku ke Itali. Penerbangan jam 7 pagi dan
terdapat masalah ketika mendarat. Kapal terbang seakan sukar untuk mendarat kerana cuaca yang buruk, lantas terpaksa melengahkan pendaratan... pelik juga, sepatutnya kami dah lama tiba di milan, tetapi agak lewat hampir sejam..
suasana dari atas kapal terbang, agak berkabus, dan menyukarkan pandangan juruterbang
Oleh kerana
masalah cuaca berlaku, mereka terpaksa mendarat cemas di torina, salah sati bandar di
Itali, untuk mengisi minyak dan menunggu cuaca di milan baik untuk berangkat
kembali disana, alhamdulillah... Masalah itu pengalaman.. Hehe..
tengok orang eropah, rilex je.. cool and steady,
maka, kami pon mendarat dan menunggu minyak penuh diisi kembali.
cekap dan hebat juruterbang ni, bila hilang kabus, terus nampak daratan, alhamdulillah....
suasana di luar kapal terbang
Alhamdulillah, selamat sampai, kabus menutupi pandangan.. Meneruskan perjalanan seorang diri ke milan central station..Dari central station mencari tempat penginapan, subhanallah... Hampir 2 jam berjalan seorang diri mencari destinasi, alhamdulillah... Akhirnya tiba dengan selamat.. Menunggu sahabat lain tiba di malam hari.
hostel central station.
berjalan2 di sekitar milan,menaiki kereta api bawah tanah.
ambil wuduk , guna air mineral.. bukan selalu, huhu..
solat ditaman, susah nak cari surau..
air pancut ditengah bandar..
banyak burung berterbangan ditengah bandar, tapi kena hati-hati.. ada sesetengah orang negro kasi jagung kering, dikatakan free, selepas ambil .. dipaksa minta bayaran, buat tak layan je jumpa mereka.
Jam 8.15pagi, 30 januari 2014..
Kami bertolak ke budapest, hungary.. Suhu mencecah -2°c, sejuk sangat, tapi tak
sesejuk moscow dan norway.. Dgn baju terbal 2 lapis ditambah dengan jaket
beserta scaft memanaskan badan . Ditambah dengan salbutamol, B 2 agonist tablet
as prophylaxis of ashma, biasanya ia diguna dengan inhalation, tapi untuk
langkah pencegahan (prophylaxie, ia digunakan untuk ashma.kami meneruskan
perjalanan dgn mini bas, dgn suasana persekitaran salji yang cukup indah, cantik
cukup mengujakan.
di balik jambatan..
pandangan luar kereta kabel
ketika menaiki kereta kabel.
pemandangan sekitar dari puncak.
Terdapat byk kwsn menarik di atas ini, di samping
pemandangan menggamit memori, kami juga melawat muzium farmasi yang sangat menarik,
barang2 penyediaan ubat serta serba sesikit sejarah hebat yang tercipta dahulu
kala.
contoh ubat yang ada dan digunakan dulu.
haa... ni microscope zaman dulu..
kitab ubat dan deskribsi ubat.
alat bancuh dan proses ubat.
penimbang
alatan penyediaan ubat.
alatan lama yang digunakan dulu.
lambang farmasi
bekas simpan ubat.
ni made in egypt.. ^_^
agaknya ni apa?? ilustrasi pengembara kot..
Dgn suhu hampir mencecah negatif, 2 mangkuk bijirin serta susu begitu
sekejap dihadam, terlalu cepat lapar
kerana metabolism tinggi untuk memanaskan badan.Pada malam harinya, kami
berjalan2 melihat kawasan sekitar,
melihat beberapa tempat menarik yg menjadi tarikan
tugu pahlawan
tugu pahlawan yang terkenal di hungary
muzium, tak sempat masuk.. huhu..
Keesokan kami melihat beberapa
tempat menarik untuk dilawat, sangat cantik dgn suhu yg lebih sejuk dari
semalam iaitu 2 °celcius, sungguh badan sungguh pedih menahan sejuk. Kami juga menaiki cruise di malam hari.
parlimen hungary..
jambatan di malam hari dari cruise
bangunan sekitar parlimen
1 februari 2014
Tepat jam 7 pagi, kami ke venna dgn menaiki bus di venna, kami menginap di hotel wombek selama sehari, kos hidup di sini agak tinggi, byk aktiviti menarik disini, antaranya melawat musium seni, menonton video sejarah austria, musium negara, dan byk lagi, disini juga ada taman permainan dan masjid yang besar.

seni bina bandar daripada kayu di musium seni
koleksi pedang yang digunakan pahlawan Austria.
coretan sejarah Austria, maaf, tak jelas..
sejarah kemunculan kopi di venna, bacalah.
2 februari 2014
Kami bertolak ke slovakia dan tiba pada pukul 6.30 ptg, perjalanan mengambil
masa 1 jam lebih.. Setibanya di stesen bus novy most, kami hanya berjalan kaki
menuju hostel sambil bertanya dengan penduduk sekitar jalan dan arah ke
destinasi. Setelah bertanya tiga orang, kami menemui Taurus Hostel yg terletak
di jalan zamocha.
di hadapan istana bratislava
istana dari dekat.
gambar istana dari jauh.
Di bandar bratislava tidak lama, kami meluang masa sekejap
sahaja dan bertolak ke Prague , czech republic menaiki bus selama 4 jam,
berharga 14 €.perjalanan diteruskan dan menuju ke negara terakhir.
3 februari 2014
Selama 2 malam di prague,
czech republic, kami melawat beberapa tempat, antaranya castle, bridge dan kawasan sekitar yang menarik, tidak ketinggalan juga bermain ski.
menara jam, ramai tunggu jam tepat sejam demi sejam..
melihat sesuatu bergerak di jam tersebut.
gereja di prague.. seni bina dan ukiran yang komplek.
kami juga melawat musium of torture, yang menunjukkan alat seksaan orang dahulu di austria, sungguh seram, banyak sangat gambar, tapi kongsi ni dulu...
alat seksaan, kerusi tajam, diperbuat dari kayu dan besi
alat seksaan digantung dileher, alat besi ini sangat menyeramkan.
kapak, digunakan untuk pancung atau potong bahagian anggota badan.
Cenderahati disini juga
berpatutan, dan orangnya baik.pada tengahari 4 hari bulan, kami melawat muzeum
torture, tempat menunjukkan alat seksaan org dulu2, seram sungguh melihatnya,
dan seterusnya, kami bergegas ke..........
Untuk bernain ski, wahhh...
Best.....salji berterbangan gitu..
5 februari 2014
Balik, kami keletihan, penat sangat2.... Malamnya membeli belah dan menyiapkan barang bg untuk dikemas. Pada 9.00 pagi , kami bertolak ke sharm as sheikh bersama rakan-rakan... pengalaman yang sangat-sangat indah dan menarik, banyak ilmu yang diperoleh semasa melancong.
Moga dapat mengembara lagi melihat ciptaa Allah yang maha hebat, banyak yang dipelajari di negara orang, mereka cukup beretika dan bersistem, jauh berbeza dengan tempat lain, naik tangga bergerak, semua berdiri di belah kanan, di belah kiri untuk mereka yang ingin memotong, lampu isyarat sangat dipatuhi, mereka utamakan orang yang ingin melintas jalan, dan sangat suka membantu jika bertanya arah atau meminta bantuan, buang yang keruh ambil yang jernih..
Pada 6 dan 7 februari 2014, masa dihabiskan dengan perjalanan pulang ke mesir dari sharm as sheikh dan ke rumah, masa lama kerana tiket bas ke tahrir dari sharm as sheikh hanya ada pada tarikh 6 februari 2014 jam 11.30malam.
Satu demi satu dugaan dan cabaran dihadapi sewaktu melancong, menjadikan aku lebih matang , berfikiran rasional serta membuka minda. Betullah kata orang, ''jauh perjalanan, luas pemandangan'' . Semoga permusafiran ini diberkati, bertambah iman dan taqwa, serta meraih kasih dan sayang Allah dunia dan akhirat, insyaAllah.

No comments:
Post a Comment