Friday, 13 July 2012

Layakkah aku dekatimu??

Assalamualaikum...

amboi,amboi,amboi....^^
 nampak semua sengonok nak balik posa dan beraya...
 harap semua sihat sentiasa. Dari dulu sampai sekarang, detik dulu hingga kini... macam2 dah jadi pada diri kita.

kita sangka Allah benci kita, sebab dugaan demi dugaan menimpa... sedangkan kita tak tahu, sebab Allah cintakan kitalah, dugaan dan musibah menimpa. Kadangkala kita gagal syukuri nikmat musibah itu. Ulamak dan para wali sangat bimbang dan kuatir andai mereka tidak di datangkan ujian.

jadi, andai dirimu di datangi ujian, jangan berduka... tersenyumlah, biar di benci manusia, janji diri dicintai Allah :)..hehe, ce senyum. Hari ni nak cerita tentang nasihat. Bila berbicara tentang nasihat:

 Kadang kala kita kata:

 ''aku ni siapa je nak kasi nasihat kat korang, korang semua hebat-hebat kot, siapa je aku ni nak di bandingkan dengan korang.. aku ni belajar pon tak pandai, ilmu pon tak banyak, cakap je banyak, sedangkan diam tu lebih baik, aku ni cakap je banyak, sampai kadang2 sakitkan hati orang''


tapi kita tak sedar bahawa:
nasihat di beri kerana sayang, kerana cinta kepada Allah, kerana cinta kepada hamba dan tuhan, untuk bersama di syurga, nasihat datang dari hati yang murni, inginkan kebaikan, nasihat itu sifatnya memperbaiki, menaiktaraf, dan menambah amalan sedia ada, jadi sahabat2 yang tersayang, jangan rasa diri  kecil dalam memberi nasihat.   :)




Bila crita tentang nasihat, teringat kisah imam syafie..
maaf, ana tak ingat cerita ni sumbernya dari mana, tapi lebih kurang macam ni..:

1 hari imam syafie pergi bermusafir, tiba2 datang 2 orang perompak datang kepada beliau, dan bermulalah dialog antara mereka:

imam shafie: wahai lelaki, jikalau kau mahukan harta2 ku , amiklah semuanya, tapi janganlah  kau ambil kitab2 ku, kerana penuh ilmu di dalamnya...

perompak 1: bagus hang ni, kami memang nak hambik semua hag'ta hang, hahaha.., kayalah kami pas ni na..wakaka (depa bkn org kedah)

perompak 2: wahai syafie, mengapa tidak engkau simpan ilmu yang banyak di buku ini , di dalam dadamu, di mindamu? bukankah itu lebih baik??

imam syafie: betul juga kata2 mu.. terima kasih atas nasihat..

^^ hehe  :

perompak pon boleh kasi nasihat tau, bukan nak suruh hampa jadi perompak untuk kasi nasihat, tapi nak kata walaupun terpaksa menempuh banyak mehnah, pelan2 bagi nasihat..berdoalah agar Allah menetapkan hati kita atas jalannya,

kerna:

hati manusia ini berbolak balik, selalu keliru dek kerana nafsu, moga sahabat2 semua dan ana selamat, dan menjadi pejuang islam yang hebat..




antara nasihat simple yang boleh je gune slalu:

1.dah solat? jom ..^^

2.dah bace quran? jom bace same2 ^^, 1 huruf 10 pahala bro..

3.jom dhuha, rezeki masuk bro..

4.eh, nak tau tak, 1 kali selawat ke atas nabi ,10 kebaikan Allah beri tau..

5. nak tido ni, elok bace as-sajadah dan al-mulk, rindu nak dengar suara hang yang merdu ~~

6.hari ni malam jumaat, kalau bace al-kahfi, sinar wajah terpelihara hingga ke jumaat seterusnya, tunggu pa lagi, jom !!^^

7.hari ni malam jumaat, jom bace yassin, insyaAllah Allah ampunkan dosa..

8. eh, ape kata sebelum tidoq kita wat solat taubat sesame, mane tau esok kita dah x de. ^^

9.dah tepon mak hang??, pi la tepon , mintak maap kat die dan mintak dia doakan...^^

10.ape kata hang tutup sat fb tu, teman aku bace al-maathurat, x best bace sorang2 =.=

11. kalau hang tau papa pasal ilmu agama ni, pakat mai share kat aku, aku kurang ilmu bro..

12.Ada klas tafakuff la, jom pi sat, mane tau de berkat dari pegi ni bantu kita kat akhirat nanti..

13. Tu diaa, akhwat mintak musriff, untungla hang , baik hang pi, mane tau 1 langkah hang tolong die , 1 langkah hang mudah kat akhirat nanti..^^

ana wa enta, enta wa ana:

amboi,  sweetnye ukhwah kita andai nasihat lebih kurang lagu ni slalu hampa gune....biar jauh di mata, asal dekat di sang hati, bercahaya laksana sinar mentari, yang sentiasa menghiasi hari, jalinan ukhwah sejati, moga kita bertemu di syurga yang abadi , insyaAllah.. hehe, :)









3 comments:

  1. erm.. apa hendak dikata...

    "andai ada manusia meminta agar diberikan sahabat...
    maka...
    aku ingin menjadi sahabat itu..
    dan kamu menjadi manusia.."

    ^^

    *hanafi...
    highlightkan apa yg penting... biar kasi nampak penting.. hehe..

    ReplyDelete
  2. ok..
    terima kasih abang...
    akan di perbaiki..

    ^_^

    ReplyDelete