Sunday, 24 June 2012

Wajarkah cinta itu ???




   Assalamualaikum...


Jumpa pun korang lagi, harap ukhwah kita kukuh yee..
hari ni aku terkejut...sebab terbaca bende kat bawah tu..astagfirullah, wujud juga statement macam tu.. 
rase sedih pon ade juga..
sebab ape? salah satu sebabnya final exam physiology susah, oral pun sama... tapi de yang lagi sedih dari tu...
takut hati ni diberi kepada yang tidak sepatutnya....

hahaha..mesti korang sukakan baca bab-bab cinta ni,saja nak stimulate central chemoreceptor (tipu) korang untuk fokus. Kali ni aku nak cerita pasal cinta. Aku percaya semua pernah lihat orang bercinta, macam-macam gaya ada, teknik yang pelbagai dan pendekatan yang unik dan berkesan..

aku ada kenal seorang sahabat,dia rapat sangat dengan aku (lelaki ye, bukan wanita).. bila kami berpisah atas sebab aku sambung belajar, dia, alhamdulillah terus cemerlang.. ukhwah kami pon masih manis, itulah kata orang, ukhwah tu makin manis terasa andai kita berjauhan...  :)

tapi aku rasa sedih sangat-sangat, kawan aku ni terjebak dengan budaya 'couple', dan aku tengok dia seolah bahagia dengan keadaan dia, cinta sebelum kahwin...profile picture facebook pon letak gambar mereka berpossing bersama. Allah... tercacak bulu kaki tengok, malah bulu mata turut sama mencacakkan dirinya...

sahabat-sahabat yang aku sanjungi... 

cinta itu suci sahabat, cinta itu murni, jangan dicemari kesucian cinta yang Allah anugerahkan, kerna cinta itu perasaan yang indah Allah anugerahkan pada manusia bergelar lelaki dan wanita, SELEPAS KAHWIN...haa...


ok, aku bagi analogi mudah untuk korang, cinta sebelum kahwin dah selalu sangat dating, jumpa, bertentang mata, pegang tangan kadang-kadang, senyum-menyeyum, panggilan manja, dan macam-macam lagi... percayalah kalau kamu ada jodoh dengan dia, lepas kahwin nanti rasa bosan, menyampah nak tengok muka dia, rasa macam nak tumbuk je muka dia  hahaha...

tapi.. andai kamu jaga batas pergaulan yang Allah tetapkan, indah sangat-sangat sahabat..  :) , kamu tidak pernah bertentang mata, nak senyum pun malu, nak panggil pun anta, ante je, nak pegang tangan rasa macam pegang tangan singa(sebab takut Allah), kalau korang ada jodoh, rasailah nikmat cinta lepas kahwin yang indah berkekalan lama, keindahan yang terungkap mesra, keseronokkan yang terungkai nyata..


adalah sorang kawan aku kat kisas, (sekolah hebat nih) kata dia kat aku..  

''ehem-ehem..., kamu rasai nikmat cinta sebelum kahwin, Allah tarik nikmat cinta lepas kahwin.. kamu rasai kelazatan hubungan cinta sebelum kahwin, Allah tarik kembali kelazatan dan kemesraan cinta selepas kahwin, ko nak yang mane pi??  ''

Masa kelas tafaquf, ada seorang sahabat bertanya  ustad, lantas aku mencuri dengar :
.................................................................................................................................

 ikhwah A: ustad,  nak tanya boleh?? 

ustad: tak boleh kalau tak tanya, tanyalah..

ikhwah A: ustad kata jangan sentuh hati wanita meskipun hati..

ustad: ha,ah, kenapa?

ikhwah A: tapi ustad kalaulah orang tu  dah tersentuh macamane???

ustad: basuhlah tangan ko, baru boleh makan... hahahah...

ikhwah A:  =.=  hambarlah ustad...

ustad: 

''kalau dah sentuh , jangan sentuh lagi.. sebab wanita ni seorang yang berjiwa murni.Hatinya lembut, sesuai dengan fitrah seorang ibu, sesuai dengan tanggungjawabnya memberi semangat pada suami dan anak-anak.. special wanita ni...

Wanita.. hati mereka cukup lembut,Bila  disentuh hatinya, kalian mudah terasa...sebab hatinya  tersingkap kelembutan dan kesucian anugerah tuhan. Allah ciptakan wanita sebegitu bukan untuk menghina, tapi satu kelebihan buat mereka.sebab tulah Allah ciptakan kita lelaki (muka bangga) haha, supaya dapat membimbing mereka, jangan sekali buat mereka berharap..., jika hati tidak ikhlas.. ''

..................................................................................................................................

kepada lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya?
Apabila kamu ‘memancing’ wanita?
Kamu menyentuh hati wanita
kemudian kamu tinggalkan dia terkontang kanting sendirian,




Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita,


Mengapa mengharap kepadamu?

Tapi kamu perlu tahu,

Wanita hatinya cukup lembut,
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai.



Pasti kamu pertikaikan.

Siapa suruh berharap?

Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Tapi wahai lelaki,

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini,


Bukanlah untuk mengambil kesempatan,

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi mereka,

Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamuMembimbing wanita yang lemah ini



Wahai lelaki,
Jika kamu seorang yang taat pada Allah,


Jika kamu sangat menjaga solat kerana Allah,

Mengapa lakukan hal sebegini pada wanita?

Bukankah solat itu mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran?
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim



Wahai lelaki, 

Kecoh sekali kamu hebahkan,

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama,
Kamu tidak putus-putus 'memancing' wanita,


Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki soleh,
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya???



“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)



sahabat-sahabat yang dirahmati Allah....

Apabila kamu teringatkan seseorang perbanyaklah  olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari,perbanyaklah SALAWAT..apabila kamu ingin wajah berseri,luas rezeki& sejuk mata memandang..perbanyaklah SOLAT DHUHA..apabila kamu inginkan perlindungan ,kekuatan hati , serta penghapusan dosa perbanyaklah TAHAJUD..dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..

p/s: duhai sahabatku lelaki soleh... :)

aku hanya insan biasa yang tidak sempurna 
mungkin selama ini kita terlajak dan terleka
masih belum terlambat untuk kita kembali
padanya,
 Allah tuhan yang luas pintu kemaafannya..

 Cubalah kenali siapa wanita sebenarnya, daripada mana wanita dicipta...
Mereka dicipta bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjungi tetapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati untuk dilindungi...




No comments:

Post a Comment