Monday, 27 August 2012

butiran kasih hidup bertuhan


Siapakah WANITA CANTIK dan LELAKI SEGAK  itu ♥ ♥ ♥ ?


✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

Hari ini, kita berbicara tentang hakikat hidup bertuhan..

Pulang ke desa itu mendamaikan kerana asal kita adalah dari sana. Pulang kepada hidup berTuhan itu membahagiakan kerana asal kita dekat dengan-Nya.
Kembalilah kepada Allah, untuk sebuah ketenangan
di saat kita merasakan kita tak punya apa-apa...
yakinlah Allah mencukupi segala-galanya...



Lakukan ibadat dengan khusyuk, letakkan seluruh penghayatan hati dan jiwa padanya..
Khusyuk ialah tenang, tenteram, perlahan, penuh penghayatan, serta ketundukan yang disertai perasaan takut kepada Allah SWT dan merasai selalu diawasi-Nya semasa solat.

Tahukah Anda?
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Kucing makhluk Allah yang tahu kekurangannya, dan tahu cara untuk  menjauhi perkara yang memudaratkan mereka.

Inikan pula manusia?? dah terang-terang di jelaskan dalam Al-quran, jauhi kemungkaran dan maksiat, sesungguhnya azab Allah itu pedih..hidup ini ibarat perantauan untuk mengumpul bekalan  sebelum ke akhirat yang kekal selama-lamanya...
 manusia tahu, tapi terkadang melakukan terleka jua..

dan kini......‎ramadhan berlalu, kini syawal..


mari dengar cerita:

Kelihatan adik bongsu jejaka tinggi lampai itu termenung di tangga rumah. Berteleku dengan sebelah tangannya menongkat dagu. Sesekali digosok-gosok pipinya yang tembam. Sudah 20 minit bersendirian di muka pintu.

Jejaka tinggi lampai merangkap Abg Long curious dengan sikap adiknya. Ada masalah apa agaknya? Tadika pun belum lagi, masakan kerja sekolah yang difikirkannya. Masalah percintaan jauh sekali, taklah macam abang² dan kakak²nya yang hanyut dibuai abstrak pengertian cinta dan rindu di laman sosial dan android. 

Abg Long mendekati adiknya. Duduk bersebelahan dengan adiknya. Angin sepoi-sepoi gurindam bayu senja menyapa rambut lurusnya yang menutupi dahi. Nyaman.

Belum sempat si abang menyapa..

Adik: "Abang, boleh tanya?"

Abg Long: "Err..abg baru nak tanya. Ya silakan."

Adik: "Adakah abang dan kakak-kakak akan terus berpakaian sopan sebagaimana abang dan kakak pakai ketika berada dalam bulan Ramadhan? Adik suka tengok abang pakai baju melayu berkopiah pergi ke masjid. Tiap-tiap malam pergi masjid. Tapi sekarang tak pergi. Kakak-kakak juga berpakaian sopan bertudung. Tapi, adik tengok hari raya semua dah lain. Tak sama lagi macam bulan puasa. Abang dan kakak kembali macam biasa. Tudung pun tak ada."

Abg Long: "Errr..."

Adik: "Al-Quran pun dah tak lagi kedengaran dibaca Abang Long macam dalam bulan puasa. Hari raya pertama sampai hari ini, adik tak dengar sekali pun abg baca macam hari tu."

Abg Long: "Err..sibuk beraya...err..err.."

Adik: "Abang, kenapa ya? Adik tak faham. Kenapa dah tak sama macam bulan puasa hari tu? Kalau begini, adik nak minta kepada Allah supaya jadikan semua bulan adalah bulan Ramadhan. Boleh tak?"

Si abang terpeleot seketika. Sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dikutis-kutis jerawat di pipi dan di dahinya. Tiba-tiba rasa stress. Tapi dalam hati ada rasa hampa. Kesal. Pada diri sendiri.


-copy paste dari status syabab musafir kasih (muhammad rusydi)

Terasa kotor dengan dosa, kelekaan, kealpaan dan sebagainya. Lupa bahawa menjadi graduan Ramadhan bukan begini sikapnya, bukan kembali kepada perangai yang asal. Mentang-mentang nafsu mendapat kekuatan daripada banduan Ramadhan (syaitan), maka haruslah mengaplikasikan segala teknik yang diterapkan sejak sebulan lepas. Mujahadah melawan nafsu dan syaitan di bulan syawal dan seterusnya. Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita dalam menyambut  syawal .. Mulakan misi baru, tazkiyatunnafs. Cepat sebelum kritikal!.

‎"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan." begitu jua manusia, cabaran dan dugaan memang ada, semua itu menjadikan manusia lebih kuat,  cabaran dan dugaan mendidik manusia..


Astaghfirullah Robbal baroya, Astaghfirullah minal khotoya. (sila menangis malu pada Dia yang Esa) 
 




Tiga cinta yang manis
Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)
Kata Bomba → cinta tak boleh dipadam
Kata Polis → cinta itu sukar ditangkap
Kata Ustaz → cinta itu anugerah
Kata Doktor → cinta tak dapat untuk diubati
Kata Guru → cinta tak boleh untuk di pelajari 

Kata Hakim → cinta tak boleh dihukum
Kata Orang → cinta itu indah
Kata Ulama → cinta Allah kekal abadi

Kata hati → cinta tak dapat dijual beli
Kata Allah“pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai karena Aku, saling kunjung mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku” (Hadits Qudsi)

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku” (H.R. Muslim)
cintai Allah dan rasul, gunakan seluruh kudrat untuk dekati tuhan, nasihat-menasihati, suruh kebaikan cegah kemungkaran.. insyaAllah cinta kepada Allah dan rasul buka jalan kita ke syurga..^_^

SYURGA menjanjikan KENIKMATAN..
NERAKA mengotakan PEMBALASAN..
Justeru,sasarkan pilihan di tangan!
JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT TUHAN..
Teruskan memohon keampunan,BUKAN HANYA DI BULAN RAMADHAN...

Ya Allah, golongkan kami dalam kalangan orang berIMAN...
ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment