Saturday, 1 September 2012

Bagaimana agaknya kita???


bila temenung sorang-sorang, terpandang tangan dan kaki sendiri..

aku sangat kagum ciptaan tuhan, 
setiap uratyang tercipta
lapisan kulit yang terpelihara setiap ketika
pandangan mata yang menampakkan pandangan dunia..
semua nikmat tersedia di depan mata...
meskipun dugaan yang tersedia, ia tetap nikmat si Dia..
kita bertuah dilahirkan dalam nafas islam..
alhamdulillah...

tapikan, aku terbayang-bayang nasib aku kat kubur, nasib mak ayah, abang kakak yang aku sayang..

macamana agaknya keadaan mereka di akhirat nanti..??
bagaimana nasib mereka di depan tuhan nanti??
kawan-kawan..
bagaimana agaknya??

sedangkan saat waktu di dunia, tak sampai sesaat waktu di akhirat..

itu pun kita selalu terleka dari ingat dan cinta pada Allah..
malunya aku pada Allah..




12 BARISAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W DI PADANG MAHSYAR



Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung
penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat

Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau
maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut
kepada Allah

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan
cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau
menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan
hukuman tidak dapat dijalankan

Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa
bertaubat

Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya
berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim

Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak
(sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya

Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk,
bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai
ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak

Barisan keduabelas Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.


Agaknya, kita dimana??? dalam billionan manusia umat nabi muhammad s.a.w...

adakah kita tergolong dalam barisan ke 12...??

insyaAllah boleh!!!

usahalah dari detik sekarang..
jangan bertangguh lagi..
berubah dan cuba berhijrah  pada lebih baik...
agar diri bertambah cinta kpd Allah dan nabi..




Dan sampai ke suatu tahap, kena PAKSA DIRI untuk melakukan amal ibadah..menunggu hadirnya KEIKHLASAN, takut-takut tidak sempat.. orang lain terlebih dahulu mengikhlaskan diri untuk membawa JENAZAH kita ke tanah perkuburan.. AMALAN yang dilakukan secara BERTERUSAN akan menghadirkan keikhlasan tanpa sedar, InsyaAllah.. kerana Dia sahaja yang mampu membolak balikkan hati hambaNya
insyaAllah..


usah risau untuk dekati tuhan, 1 langkah usaha kita dekati tuhan..

seluas-luas pintu Allah buka untuk kita dekat padanya..
buatlah kebaikan meskipun kecil..
pungut sampah ke, nasihat , tolong mak ayah basuh pinggan, tolong ayah basuh kereta,
tolong ajar kawan, dan apa jua kebaikan.. meskipun sekecil biji sawa.. kerana:

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).


usah bimbang andai tersilap langkah..

kembali taat patuhi Allah, kasihnya luas..
Rahmat Allah mengalahkan kemurkaannya..

 “Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


“Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”




cuba kita renungkan....... apa yang tercatat di bawah:


Perasan Tak?



PERASAN X?...duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN X?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...


PERASAN X?...betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.


PERASAN X?...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.


PERASAN X?...betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.


PERASAN X?...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.


PERASAN X?...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.....





~✿>> Bila LIHAT langit, hatiku berbicara :

"Allah, Kau sedang PANDANG akukan? dengan KASIH SAYANG, kan?
Allah, kau sedang dengar isi hati akukan? dengan teliti penuh belas kasihan, kan?
Allah, kau sedang lihat semua hambamukan? termasuk insan bertuah yang sedang membaca ini??
rahmatilah dia ya Allah, Matikan kami dgn iman, pertemukanlah kami semua di syurga dengan penuh kegembiraan..

>>> Ya Alla
h, LAMARLAH hatiku dengan cintaMu..agar aku dapat terus BERPAUT dalam redhaMu..♥♥


✿~ hati kosong ~> tempat syaitan bersarang..
✿~ jiwa gelisah ~> tempat syaitan berpesta..
✿~ keras hati ~> akibat banyak syaitan di dalamnya..
✿~ gelap hati ~> hasil didikan syaitan..
.

Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. 
Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepe

nuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).

usah bertangguh dekati Allah..


kasih Allah itu indah tak terkata..


ketenangan yang mampu menenteramkan jiwa..

TERIMA KASIH YA ALLAH, 

ucapkanlah ALHAMDULILLAH


cinta menyatukan 2 jiwa..
cinta Allah tiada bandingannya
cinta Allah membawa kejayaan dunia akhirat..



wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...







1 comment: