Saturday, 30 June 2012

Masyallah....TERASA HINANYA DIRI INI




Masyallah....TERASA HINANYA DIRI INI

assalamualaikum..,
sihat ye semua??
hari ni nak cerita sikit , dapat kat facebook..
tersentuh bila baca....:

Adalah sahabat ini merupakan seorang karkon yg

 menumpang kereta  dari Kota Kinabalu ke 

Beaufort. Tugasnya penjaga masjid . Pernah dtg 

mengecat. Sepanjang di Beaufort ditengah lautan 

10 ribu manusia... Dialah yg mengambil dulang 

dan air minuman.

 Katanya, " Tak mengapa anta tak biasa biar anak cari sikit amal.".......... Ya benar dari segi kebendaan tiada apa yang dia ada, kereta dia tiada, isteri dia tiada, dia cuma tinggal di rumah Allah.....

 Tapi disebalik apa yang lebih pada 

dirinya.Sebelum tidur dia akn solat taubat 20 

rakaat. Dalam jam 3 pagi dia bangun lagi utk 

Tahajjud dan dia akn berzikir hingga ke 

subuh....Allah.

 Bila ajukan tentang amalan dia..

jawab sahabat ini,

" Ana tiada harta dan tiada isteri utk keseronokan dunia. Jadi Ana berseronok dgn amalan kpd Allah. Ini saja hiburan yg Ana ada. Mudah mudahan Allah terima amalan Ana . Kalau Allah masukkan ke syurga dan jika diizinkan Allah utk memilih sorang utk ditarik syurga... Insyaallah Ana tarik Anta..."

 Pengajarannya utk diri  utk tingkatkan amal. 

Moral nya tidak bermakna kita lebih sedikit dari 

segi material kita lebih hebat darinya. Saya tahu 

nescaya dia jauh lebih mulia di sisi Allah.... 

Subhanallah

cuba perhatikan ganbar kat bawah tu...


tuu dia...,

bila melintasi titian siratulmustaqim...
yang menentukan lintasan bukan harta..
bukan jua pangkat di dunia..
tapi bekalan yang di semai di akhirat sana..

bagaimana agaknya nasib kita..

tak pa jatuh tersungkur skrg..

bangunlah ! kembali taati tuhan...

jangan terjatuh pada detik ini..

kerna pada detik ini..

penyesalan tidak lagi membawa erti ..

hanya seksaan yang datang menanti..
(muhasabah diri)

 sahabat-sahabat..
memang susah menjauhi larangan tuhan..
memang susah menundukkan nafsu yang bergelimpangan..
kerna itulah Allah janjikan syurga sebagai ganjaran..
kerna itulah kampung halaman yang penuh kebahagian..

kadang-kadang pilu hati ini..
bila kerap kali tersungkur dan jatuh lagi..
tidak mengapa andai jatuh 100 kali..
bangunlah buat ke 101 kali..

bangkitlah meskipun tidak berkaki..
mulakan langkah dekati tuhan detik ini..
 tuhan sedia menerima taubat hamba yang kembali..
kerna Dia tuhan yang pengampun dan pengasihani..

               Doa dan amal ibadat pembela kita..

keikhlasan penambah sempurna

luangkan masa untuk yang maha esa..


banyak masa dikurnia..
Berdoalah kepada Allah tuha yang esa..
kerna dia luas kurniaannya..
cintanya luas buat hambanya..
terpulang kepada insan bergelar manusia..

 Antara individu yang mustajab doa:
1. Seorg muslim yg mendoakan saudaranya
2. Org berpuasa
3. Pemimpin yg adil
4. Org yg dizalimi
5. Ibubapa
6. Musafir

7. Si anak yg berdoa utk ibubapanya

8. Mujahid di jalan Allah

9. Org sedang menunaikan haji atau umrah

10. Org yg banyak mengingati Allah

11. Org yg tidur dlm keadaan suci

12. Org yg berdoa dgn doa Nabi Yunus

13. Org yg benar2 dlm kesulitan

- Majalah Al-Ustaz Isu 3, Panduan Doa Makbul, 

next to p56, Middle insert 

ikhlas bukan kita yang menilai..

Allah yang nilai..

dalam ibadat ikhlaskan hati..

moge kita sentiasa diberkati..


cuba lihat..:

Syaitan lemah dgn orang Ikhlas. 

Surah Sad 82-83,

"Iblis berkata: Demi kekuasaanMu wahai 

Tuhanku, aku akan menyesatkan mereka 

semuanya kecuali hamba2Mu antara zuriat2 

Adam itu yg MUKHLIS (yg dibersihkan drp 

sebarang kederhakaan dan penyelewengan)."


Surah al-Hijr 39-40,
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku, kerana dikau telah menjadikan daku sesat, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kpd Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkanmereka kesemuanya, kecuali diantara zuriat2 Adam itu hamba2Mu yang ikhlas"


moga ini menjadi pengajaran untuk diri kita..

untuk tingkatkan amal pada yang esa..

sisipkan ikhlas penambah sempurna..

ingati tuhan walau dimana kita berada..


moga harimu disirami sinar cinta yang esa...


No comments:

Post a Comment