Assalamualaikum...
haa..., nampak tak gambar
kat atas tu??
cuba baca banyak kali..
apa anda rasa??
kalau aku, sebenarnya x de
kene mengena pun
hahaha..
saja nak wat korang senyum
sorang-sorang..
kawan-kawan.. :) ,
sebenarnya nukilan ini
tercipta ada tujuan..
mana tak nya sahabat dan
teman-teman..
hati tersentuh pabila
terbaca seorang sahabat berkongsi pengetahuan..
hati rasa sedih dan takut andai
diri seperti seperti yang dikatakan
sahabat-sahabat,
''kalau nampak sahabat-sahabat kita sebegini,
tegur-tegurlah.. ^^ , jangan dah di akhirat baru nak tegur''
selangkah memulakan
bicara..
tersingkap tangisan duka
yang meronta
usah bersedih dan kecewa..
Allah tahu apa terbaik buat
kita.. :)
Bila lembaran hari dibuka..
pelbagai dugaan yang
menimpa..
jangan gusar dan putus asa
Allah sayang kepada kita...
dalam keasyikan jari jemari
menaip dan menari..
mata terpandang muka buku
yang terhias menyinari hari..
tertarik bila lihat seorang
insan ini..
tersentuh dan terharu dengan ape yang dikongsi...
--( HR Muslim ) Nabi SAW bersabda
lihat kawan-kawan..
Allah tanya tu... :
Pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka Ku ampunkannya.
Pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka Ku ampunkannya.
Allah siap offer lagi tu :
Adakah terdapat orang yang meminta? maka Ku berikannya.
Adakah ada yang meminta petunjuk ? maka Ku berikan ia petunjuk.
Allah nak kasi tu, tak nak ke??:
Adakah terdapat orang yang meminta syurga maka Ku jadikan ia berhak mendapatkannya.
Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ? maka Ku lindungi ia dari neraka."
N.B: AllahhuAllah..betapa Allah mencintai hamba2 Nya, sedang kita pula bagaimana?
maka jom minta kekuatan dariNya agar dikejutkan untuk TAHAJUD..
andai dia sedang membaca
tulusan kata-kata ini,
terima kasih aku ucapkan
atas peringatan..
indahnya
kasih sayang tuhan
hampir
menitis air mata ditahan
sepenuh
bumi pun dosa dilakukan
seluas-luas
kemaafan diberikan...
Allah..
kami
tahu , diri ini selalu mengingkarimu..
seringkali
kami lalai mengingatimu..
selalu
kami menjauhimu..
sedangkan
kau sayang hamba-hambamu..
dikala
hati ini disapa sang hati memujuk rayu...
mengingkari
perintahmu menerusi tingkahlaku..
kau
masih beri peluang pada kami hambamu..
untuk
kami dekat padamu..
Allah..
setiap
masa engkau melihat kami..
tapi,
dosa masih menjadi santapan diri..
bukan
kami tak takutkan kau duhai tuhan pemilik bumi..
kami
takut sangat dengan azab yang kau janji..
dalam
kerentanan hati dihiris penyesalan..
kami
mohon agar kau beri keampunan..
agar
kami kekal dalam hidayahmu tuhan..
agar
kami lestari dalam rahmatmu tuhan..
agar
kami bertemumu dengan senyuman...
apa
yang dapat kita lakukan??
andai
hati diguris penyesalan????
usah
sedih ye teman-teman..
percayalah
dengan janji tuhan..
moga amalan yang kita lakukan
moga amalan yang kita lakukan
menjadi penyelamat di hari pembalasan
semoga kita sentiasa perbanyakkan amalan
takut-takut kita pergi dijemput tuhan...
jadikan mati sebagai peringatan
agar kita sentiasa dekat dengan tuhan..
korang dah tidur ke belum?kalau nak tido...
jangan lupa pesan
Ustaz Don Daniyal tempoh hari.:
"Solat taubat
dulu sebelum tidur, esok kita belum pasti ada peluang hidup lagi. Bayangkan
saudara-saudara tidur, esok dah tak bangun-bangun lagi..( Ust. Don wat gaya
tangan, dengan mata sedih )".
apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari,perbanyaklah SALAWAT..
apabila kamu ingin wajah berseri,luas rezeki& sejuk mata memandang..perbanyaklah SOLAT DHUHA..
apabila kamu inginkan perlindungan ,ingin mengadu,inginkan kekuatan hati , serta penghapusan dosa perbanyaklah TAHAJUD..
dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..
dan apabila rindukan tuhan, jangan lupa puji-pujian untuknya..
muhasabah untuk diri sendiri yang sering terleka,
moga kita sama-sama berjaya
di dunia dan diakhirat sana..
TAQWA
is Directly Proportional to AGE SECOND, HOURS and DAYS
harap-harap equation ini dapat direalisasi..
Allah2...sebak ana baca post nih..syukran=')
ReplyDelete