Monday, 2 July 2012

Doaku ikhlas padamu..



Assalamualaikum!
korang sihat?.. 
iye ke ni?? harap betul-betul sihat..
 lama x jumpa
anda semua..

hari ini nk cerita pasal doa..

kita selalu kata:

''Ya Allah.. kenapa kau tak makbulkan doa aku??
kau tak sayang aku ke ya Allah??
aku selalu ngadu masalah kat kau..
aku tahu engkau dengar ya Allah...
tapi kenapa semuanya tak kunjung tiba??

Ya Allah, aku takut ya Allah..
Ujian kau beri berat..
aku tak mampu ya Allah...''

tapi....

kita tak sedari..
nikmat  yang di minta telah lama kita kecapi..
nikmat hidup yang penuh keindahan termatri..
ketenangan jiwa yang tuhan beri tiap hari..
yang gagal kita syukuri..

Allah tak beri permintaan kita sama seperti yang di minta..
tapi ...




Allah beri sesuatu yang jauuuhh lebih bermakna dalam hidup kita..

ramai yang mahukan wang..., tapi Allah beri mereka bahagia yang indah terasa..

ramai nak isteri cantik, tapi Allah beri isteri yang cukup buat dia ke syurga..

ramai nak rumah besar, tapi Allah beri rumah dapat melahirkan keluarga bahagia..

ramai yang rungut dengan ujian yang menimpa..
sedangkan itu hadiah Allah yang terindah kepada hambanya..

ramai yang sangka bila hidup penuh ujian Allah murka..
sedangkan itu tanda Allah cinta pada hambanya...


jadi.. jangan putus asa berdoa..
teruskan berdoa kepada Allah yang esa..
kerana dia mendengar semua kata di hati kita..
mahupun lisan dan bicara..





cuba bayang anda di situasi ni..:

di kala anda diberi nafas kurnian illahi
anda pergi kulyah atau kerja di pagi hari..
niat nak tuntut ilmu membara di hati..
anda ambil wuduk penuh rendah diri..


anda ternampak pak cik tua di jalanan..
tadah tangan doakan penuh keikhlasan
tanpa pengetahuan insan yang ditujukan
kelak malaikat doakan jua anda kemudian

dhuha penuh ikhlas di hati..
langkah tercipta mencari redha illahi..
bibir basah berselawat ke atas nabi.. 
hanya untuk mencari redha illahi..

selawat nabi yang terungkap tadi..
meruntuhkan dosa yang termatri..
mengingatkan kita pada nabi..
dan menjadi insan yang tak leka pada illahi..




andai kita pergi (mati) di pertengahan jalan 
kita pergi penuh ketenangan
kita pergi dalam keadaan iman..
kita pergi dalam redha tuhan..

masa pergi bukan ada livescore yang khabarkan
bukan jua scoreboard yang memaklumkan
hanya tuhan yang tahu masa dan keadaan
moga kita pergi dalam iman..

kalau kita tidak pergi 
pastikan istiqamah sentiasa di hati..
kerna istiqamah karamah terbesar dan tinggi..
seperti bilal yg kerap wat solat sunat wuduk setiap hari
nabi mendengar tapak kaki insan ini..
ketika israq mikraj perjalanan nabi..

berdoa, selawat , doakan insan lain , sangka baik dgn tuhan , niat tuntut ilmu kerana Allah, ikhlaskan diri tawaduk hati, wuduk, dhuha,dan banyak amal kebaikan yang dilakukan


insyaAllah ditempatkan bersama org pilihan kekasih tuhan


No comments:

Post a Comment