Sunday, 20 October 2013

Kot Putih yang pergi...

Assalamualaikum... sihat??

baru2 ini, mesir menjadi sensasi dengan beberapa isu yang sukar dijangka, berikutan itu kerajaan menawarkan pelajar mesir untuk menyambung belajar di IPTA @ IPTS demi memastikan kebajikan pelajar terjaga...

kemudian......  kembalilah beberapa orang sahabat ke malaysia, kot putih yang kembali..

kot putih yang pergi.. selamat jalan, semoga bertemu lagi..
tipulah kalau tak sedih, aku pun sedih..
kawan2 seperjuangan sambung belajar ke malaysia...

bila aku zahirkan kesedihan kat kawan yang nak pindah ni... dia kata kat aku...
''napi, jangan bimbang, andai aku pergi... ada lagi sahabat yang akan menghulurkan ukhwah yang tulus suci ^_^'' , sambil tersenyum..

aku tergamam, persahabatan yang terbina tak sampai 2 tahun, rasa macam akrab sangat..


bergambar bersama pensyarah.. sekarang dah tak ramai macam ni, kurang dah.. huhu

lepas tu aku cakap dengan kawan aku, ''tapi aku sedihlah engkau nak pergi... 

''alahai ko ni, cukup2 lah tu sedih sebab manusia yang nak pergi... sedih dengan tuhan pulak, banyak dosa yang kita lakukan dalam tak sedar'' , balasnya..

suasana di hari pertama kulyah agak suram, tak ramai ada.. sayu je.. gelak ketawa pun kurang, alahai, kuatlah diri..

kelas terakhir tahun 2 sebelum exam..



main kompang, di hotel mesir, hehe.. indahnya...


melancong ke sinai, musim sejuk....


kelas bersama ustaz don di markas perubatan

proses kerang sama2.. alahai, bestnya..

seminar perubatan ke 5, menggamit memori..

jamuan quranic doctor.. kelas terakhir sebelum exam bermula..

di makmal biochemistry...

Dinner tahun 1...

buat sahabat, mungkin ini jalan yang kau mahu, mungkin ini jalan yang inginkan..
tapi aku tahu, kau jujur dengan keputusanmu.. 
jujur kami di mesir tak mengapa, terima seadanya...

kelas terakhir physiology sebelum exam tahun 2

melancong ke dumyat..

ukhwah fillah....

sahabat, 
jangan sedih lama sangat...
fokus study ye.. kita nak grad sama2 dengan sisa2 yang ade...
cewah.. sisa siap... huhu...
lagipon, 

elek.. jgn sedih.. tenang sudah..
kalau mereka sambung mesir pun, lagi banyak kenangan indah bersama.. bila berpisah nanti, lagi sakit perpisahan di rasa

habis grad nanti.. kita akan berpisah jua.. habis grad nanti, semua akan kembali di tempat yg berbeza.. Allah kasi perpisahan ni, nak kurangkan kesedihan lagi 4 thn setengah nanti.. baikkan Allah??


 perancangan dia sangat teliti. bersangka baiklah dan tersenyum..
belajar rajin2 tak kira belajar kat malaysia , mesir, atau dimana jua.. once together, forever together..

la taqul maa'ssalamah.. walakin qul illalliqa'
lau la fi ardiha.. fi jannah insyaAllah.. jgn diucap selamat tinggal... ucapkan semoga bertemu lagi.. jika tidak di dunia.. insyaAllah di syurga nanti..
dahlah... aku tak larat nak sedih lagi...


BE STRONG EVERYONE!!!

bila aku lemah dan tak de semangat, selalu tengok gambar ni...saat berlepas kali pertama bergelar medical student, bawa harapan keluarga, korang pon samakan??

mintak maaf kalau bazirkan air mata korang..
semoga kita bertemu masa berkerja, bersahabat di dunia berjiran di syurga..

sama2 mendoakan agar sentiasa dalam rahmatnya dunia akhirat..

sahabat, kenangan bersamamu takkan pernah terhapus..

jangan lupa pesan ni ye... ^_^







Monday, 19 August 2013

mesir tanah tercinta..

Assalamualaikum..
insyaAllah, short and simple.. hihi..

sihat semua, aku sayang mesir... korang??
mesti sayang jugakkan ^_^...
mesir...

air mata dan darah...
air mata dan darah...menjadi saksi ksakitan yang  dirasai..
agar benar-benar mengerti HAKIKAT PERJUANGAN


masa balik raya, sedara mara ramai tanya,
''story sikit cerita pasal mesir dan politiknya''
aku pun apa lagi, buka table la sembang pasal mesir..
dari A to Z, sampai 3 kali ulang cerita yang sama..
cerita yg aku story seperti di fb ustad malik..

tragedi berdarah yg mengorbankan ribuan nyawa baru2 ini...
cukup membuatkan muka aku panas dengan aliran air suam yang masin..
air yang keluar dari lacrimal gland ini seolah2 pilu dengan apa yang terjadi..
apa nak jadi? askar bunuh rakyat sendiri...





''Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.''

-dipetik di page mesir kini

pernah kawan ana cakap..

''Allah pernah kata pada malaikat apabila malaikat tanya kenapa jalan ke neraka mudah,ke syurga pula payah..

Jwb Allah 'aku jadikan jalan ke neraka mudah kerana manusia sering menginginkan kesenangan dan tak inginkan kesusahan..Aku jadikan yg buruk itu keseronokan dan yg senang itu kesukaran.. 

Aku jadikan jalan ke syurga susah kerana aku ingin hambaku merasai kesusahannya sblm menikmati kesenangn.. Aku mudahkan jalan ke neraka aku ingin manusia itu bersenang dahulu dan bersusah di neraka''

saudara kita di mesir sedang bersusah dahulu pertahankan hak mereka.dan insyaAllah menanti kesenangan di akhirat kelak..sama2 kita doakan agar segalanya aman untuk mesir tercinta..

kita tidur beralaskan tilam, mereka beralaskan simen..
kita tidur berbantalkan bantal empuk, mereka beralaskan lengan..
kita makan sedap2 sampai chubby, meraka makan ala kadar mengalas perut..
kita seronok tengok tv duduk santai, mereka sedih dan pedih 
melihat saudara berpisah roh dari jasad..


oh mesir... 
ini untukmu..



Saturday, 13 July 2013

Bersihkan hati, tarbiah jiwa, jangan tunggu lagi....



Assalamualaikum, salam ramadhan...
sihat semua?
moga sihat selalu...
sebenarnya admin nak ajak kamu semua skim cepat kaya..
bill gate pon kalah, kaya yang teramat kaya...tengok gambar atas tu..

tak dela... hehe hari ni nak cerita tentang..
bersihkan hati, tarbiah jiwa
memang bukan mudah, walau berusaha sehabis mungkin ..
kadang tetap tersungkur...
dugaan di dunia bukan mudah, kerana apa?? 
kerana syurga dijanjikan indah..

bila aku termenung memerhatikan sahabat2...
melihat gelak ketawa dan gurau senda...
terasa indah dan bahagia...
adakan akan bertemu kembali di syurga??



Habib Ali Al-Jufri pernah berkata:


"Jika Syaitan itu tak berputus asa untuk memasukkan dirimu ke dalam neraka, mengapa nak berputus asa untuk ke SYURGA?''


kita diciptakan di dunia sbg hamba..
Hamba ketika sujud, hamba ketika berjalan, 
hamba ketika bercakap, hamba ketika makan, 

hamba ketika belajar, dan hamba dalam setiap ketika.

Pendorong utama dalam melaksanakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh adalah dengan menjadi sebenar-benar HAMBA.


Kerana seorang hamba tahu bahawa Tuhannya sedang melihatnya, meneliti amalnya, dan menyediakan balasan untuknya.




rehat kita belum tiba...
kalau sudah sampai masa rehatmu..
Berlarilah bertemu tuhanmu..
andai malu dengan dosa yg tersisa....
ubah ia dengan taubat yg sebenar-benarnya..


saat para syahid sedang berkenalan dengan tetamu syurga..

kita??


kita  masih mengira..
Antara amal,dosa dan pahala.

cukup ke bekalan kita ke sana??
kuatkah kita apabila nyawa direntap di sakaratul maut??

nabi kekasih Allah yg ditarik sehabis lembut...
sudah merasai sakitnya yg tak terkira...
kita??

tapi jangan binbang, 
lap air derita...
sapu ubat gembira...
hilangkan gusar di dada..

Allah ada sentisa menerima taubat si hamba...


surah at-tahrim , ayat 8




Sentiasalah bermuhasabah diri..dan. 

Selalulah Perbetulkan niat...

Niatkan segala yang dilakukan hanya kerana Allah :)

jgn putus asa mencari redha pencipta...
padukan hati ikhlaskan jiwa...





Ibnu Mubarak berkata : "Kadangkala amalan yang kecil akan menjadi besar disisi Allah, Ta'ala kerana niat, dan kadang kala amalan yang besar serta banyak akan menjadi kecil disisi Allah Ta'ala kerana niat".




Kita melihat bulan yang sama.
Kita berada di bumi yang sama.
Moga kita menghuni syurga yang sama juga nanti :')




Semoga mendapat manfaat.

Assalamulaikum :)

Sunday, 7 July 2013

Sangka baikkah kamu?? hehe


assalamualaikum semua.. sihat??  jangan lupa jaga diri, iman dan hati...
hari ni nak cerita tentang....
sangka baik, 
banyak faedah..

dikisahkan
seorang wanita beli sebungkus kerepek pisang..
lalu, diletak di tempat duduknya di sebelah kiri..
lantas, masuk seorang pemuda miskin duduk disebelah kirinya..
dengan selamba membuka kerepak pisang tadi..
wanita itu terkesima, seakan kemarahan bertandang menjengah ruang hatinya..



''mengapa lelaki itu bertindak sebegitu??? teruknya dahlah tak minta izin, siap kongsi dengan orang sekeliling, macam nak kene sekeh je die ni'' bisik hatinya yang dipanah api kebengangan...

lantas, lelaki tadi, menghulurkan kerepek pisang tadi kepadanya.. wanita tadi memalingkan muka, tanda benci dan tak puas hati..sungguh jelik dan menyampah malah terkejut dengan tindakan lelaki miskin tadi, kalau ia pun, mintalah izin dulu.. lantas dia menghempas huluran krepek tadi dan krepek tadi bertaburan dilantai.. perlahan-lahan lelaki tadi mengutip dengan sabar.. tanpa sebarang kemerahan terbit di wajah, malah hanya senyuman yang terhias di bibir..

lalu, tiba di satu stesen, lelaki itu turun, wanita itu lantas duduk dengan lebih selesa dan perlahan hilang marahnya, tiba-tiba dia terperasan krepek pisangnya tadi masih ade, sempurna sifat dan tanpa cela, lalu die tersedar, ini bermakna...
''lelaki tadi tidak salah'', gertak hati wanita tadi.....



Ia...lelaki tadi tidak salah, krepek pisang tadi memang milik lelaki tadi, dia hanya ingin berkongsi apa yang dimilikinya..
wanita tadi tampak menyesal, dan sangat malu dengan sikapnya, die betul-betul sangka buruk dan malu dengan lelaki tadi, senyuman pun gagal singgah di bibir manisnya, malah raut wajah kebencian diwajah insan bergelar lelaki, die teringin untuk memohon maaf kepada lelaki tadi..

namun... SEMUA SUDAH TERLAMBAT......
alangkah baiknya kalau die bersangka baik dari awal-awal tadi....
rugi sangat...

moral of the story.. sangka baik banyak faedah...
Allah sayang dan manusia suka..


Wednesday, 23 January 2013

Ya Rasulullah, kami merinduimu....

Assalamualaikum..

salam maulidur rasul... tirai pembuka bicara..
bulan rabiul awal, lahirlah insan yang mulia...
kelahiran baginda membawa rahmat kepada sekalian alam...
bukit bukau, tumbuhan dan bangunan sekelilingnya bercahaya menyambut kehadiran kekasih Allah..

tanyakan pada hati.. rindu tak pada nabi??
baginda dah tinggalkan kita berabad lamanya..
dan meninggalkan al-quran dan hadis sbg panduan, untuk kita bertemu dengannya disyurga..
andai air mata tak mampu ditahan..., biarlah ia mengalir...
moga basuhan air mata membersihkan debu dosa dan noda...

alhamdulillah, panjatkanlah kesyukuran yang tidak putus-putus kepada Allah, 
dengan nikmat iman dan islam, berkat perjuangan baginda Rasulullah s.a.w. 

tanpamu ya Rasulullah...
tak mungkin akan kami rasakan nikmat ucapan kalimah syahadah..
takkan mungkin kami merasai nikmat rehat dalam solat..
dan takkan mungkin kami rasai nikmat ketenangan Al-quran..
kehadiran Rasulullah membawa rahmat sekalian alam...

kalaulah tiada nabi muhammad s.a.w...
tiadalah hari-hari kebesaran islam..
-maal hijrah
-bulan puasa 
-israk mi'raj .
-nuzul quran dan banyak lagi..

bulan kelahiran nabi, sambutlah dengan meriah dari perayaan lain, 
kerana tanpa kehadiran baginda, tiadalah hari-hari kebesaran islam..
pasang niat sungguh-sungguh, untuk cemerlang dalam amalan soleh :

-solat jemaah lima waktu di masjid
-baca al-quran
-banyakkan selawat nescaya hati merasai ketenangan yang sebenar..
-qiamullail
-zikir

3 golongan yang mendapat kemanisan iman
-cintai Allah dan rasul lebih dari yang lain
-cinta kepada seseoran, hanya kerana Allah
-benci kembali kepada kekufuran (kecil @ besar) seperti benci dicampakkan ke api neraka 

mari lihat contoh kemuliaan yang Allah beri kepada nabi, 
nabi muhammad s.a.w, cahaya.., baginda tiada bayang-bayang, hinggakan saidatina aisyah, yang kehilangan jarum di bawah katil,dalam keadaan  rumah yang gelap , she can find the needle instantly, after nabi muhammad s.a.w enter the house...

banyak lagi bukti tentang kemuliaan yang Allah berikan kepada rasulullah, siapa sentuh badan nabi , will never touch the hell, sahabat nabi , selepas nabi berbekam,  dia minum darah nabi, lalu nabi kata perutnya takkan disentuh api neraka.. kalau perut tak disentuh api neraka, maknanya seluruh tubuh terpelihara..


nabi dan anbiya' , mereka tidak mati meskipun telah wafat, contohnya rambut nabi, ceritanya: sultan brunei beli rambut nabi dengan harga 4 juta. sehelai rambut sahaja, cara nak tahu itu rambut nabi ke tak,
* rambut nabi tiada bayang2... 

dan paling ajaib sekali,  RAMBUT NABI KALAU DIPOTONG, AKAN TUMBUH BALIK.  apa rasional disebalik hikmah tu??? kalau tumbuh balik, semua maklum itu tindakan protein for formation new cell in LIVING ORGANISM.. dan jelas, nabi meskipun wafat, baginda tidak mati, masih hidup.

Kerasnya hati kita yang tidak mampu menghadirkan rasa cinta dan rindu ketika membaca dan mendengar apa-apa tentang Rasulullah.

Sebaliknya mampu untuk menangis teresak-esak ketika menonton cerita-cerita cinta.

itukah  CINTA yang ada di dada kita ?????

Sedangkan  pelepah kurma sebagai tempat sandaran begitu mencintai baginda. Suatu ketika, umat muslim semakin bertambah dan jamaah semakin banyak, Rasulullah semakin tidak kelihatan oleh Jamaah, terutama jamaah yang posisinya di bagian belakang. Oleh karena itu para sahabat berinisiatif membuatkan sebuah mimbar bagi Rasulullah agar beliau dapat terlihat oleh semua jamaah yang hadir.
gambar hiasan ^_^

Pada hari Jumat berikutnya, Rasulullah naik ke mimbar tersebut untuk berkhutbah. Di tengah khutbah tiba-tiba terdengar suara tangisan yang amat nyaring. Suara tersebut terdengar sangat memilukan seperti suara anak kecil yang kehilangan ibunya. Suara tersebut sangat keras hingga khotbah Rasulullah tidak terdengar oleh para sahabat.  Ternyata suara tersebut adalah suara dari pelepah kurma yang biasa Rasulullah gunakan untuk khutbah Jumaat. Rasulullah pun turun dari mimbar menuju pelepah kurma tersebut. 
Dibelai-belainya pelepah kurma tersebut seperti Ibu menenangkan anaknya yang menangis. Rupanya pelepah kurma tersebut sedih, ia  ditinggal Rasulullah ketika khutbah Jumaat di tempat lain. Padahal jarak antara pelepah kurma dengan mimbar Rasulullah yang baru hanya 8 langkah.

 Rasulullah pun menawarkan pilihan, apakah ia mahu Rasulullah tetap menggunakan pelepah kurma tersebut untuk berkhutbah dan Allah akan mengabadikan pelepah kurma hingga hari kiamat, ataukah ia ingin bersama Rasulullah kelak di surga nanti. Pelepah kurma itupun memilih untuk bersama Rasulullah di surga.

tanda-tanda cinta kepada nabi muhammad s.a.w :
-bila sebut tentang nabi, rasa khusyuk.. tak lekang lidah dari berselawat kepada baginda..
-sayang pada apa yang nabi sayang
-benci pada apa yang nabi benci
-cinta pada orang yang nabi cinta
-cinta pada al-quran dan cinta pada tugas dakwah yang dilakukan nabi..
-memberi maslahah kepada orang lain dan tidak memudaratkan orang lain

cara meningkatkan cinta kepada nabi muhammad s.a.w :
-selawat kepada baginda 
-amalkan sunah baginda, sunah = cara hidup rasulullah
* cara hidup rasulullah (sifat, cara bertutur, muamalat, keadaan bersama keluarga, ibadah)
-hayati dan lunsuri sirah perjuangan baginda
-hadiri kelas sirah dan tambah ilmu tentang nabi 

seorang ustaz yang saya kenali,  pernah kata, dia sungguh-sungguh hafal nama penuh ni depan kaabah...

agar , bila Allah tanya bukti kecintaan dia pada rasul, at least dia boleh jawab nama penuh nabi..
jadi , jom hafal nama nabi... moga usaha sekecil kuman ini mendapat redha Allah dunia akhirat...

Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan.

Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja, ke atasnya menjadi perselisihan. 

Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya dengan nasab ibunya.



Anas  r.a mengatakan,

 seorang arab badwi datang bertemu nabi...
beliau berkata;''wahai rasulullah bilakah datangnya kiamat?''. rasulullah bertanya kembali kepadanya, ''Apa yang kau persiapkan untuk kiamat?? ''. Maka jawab pemuda tadi '' aku tiada persiapan yang rapi, solat tak banyak, sedekah tak banyak, mengaji kurang, tapi ya rasulullah aku cintakan Allah dan rasulnya''
maka jawab nabi...''sesungguhnya kamu akan bersama orang yang kamu cintai''  (hadis riwayat muslim)

hadis daripada ‘Ammar ibnu Yasir ra. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewakilkan bagi kuburku  malaikat yang Allah telah diberikan kepadanya nama-nama sekalian makhluk. Maka tidak seorang pun yang berselawat ke atas saya sehingga hari Kiamat melainkan dia menyampaikan kepada saya dengan namanya dan nama  bapanya, Ini Fulan ibnu Fulan, dia telah berselawat ke atas engkau.”

nabi tahu kita berselawat kat dia, moga kita peroleh syafaat darinya...

Ya Rasulullah...

aku tahu zaman kita jauh..  :(
aku tahu aku bukanlah saidina Abu bakar As-sidiq yang sanggup korbankan nyawa untuk sahabat sehingga keperitan yang teramat sangat dirasai ketika di gua tsur. 

aku juga bukanlah saidina umar al-khatab yang teguh dan ampuh jiwanya sehingga mampu mempertahankan dirimu dengan sebilah pedang.

aku juga bukan saidina uthman yang sopan serta luhur jiwanya ...
dan aku juga bukanla saidina ali yg mmpunyai kemulian sehingga digelar karamallahu wajhah oleh empunya Alam.

tetapi .aku hanya insan biasa yang sering berdosa dan lemah....

aku percaya....
kasihmu pada kami tak jauh walau seinci..
setiap lafaz selawat kami padamu, 
bagai terasa engkau di sisi..

biar kita jauh, asal hati tak berubah...
biar tak jumpa, asal  hati tak lupa

kewujudan rasulullah, bukan sahaja beri manfaat kepada alam di dunia, bahkan di akhirat...
semua orang di akhirat, berkata ''nafsi-nafsi... '' , tapi hanya nabi muhammad berkata ''ummati, ummati''..
cintanya kepada umatnya tak mampu dijelaskan dengan tinta dakwat mahupun renjisan air mata..
bahkan cintanya meliputi semua umat manusia, rahmatan lil a'lamin

sahabatku, sebelum korang tutup blog ini, tontonlah video di link ini dan saksikan kecintaan nabi kepada kita...nescaya hati ini semakin rindu kepada baginda...