Assalamualaikum...
harap semua sihat sentiasa..dan dalam rahmat Allah dunia akhirat...
apa khabar iman? sihat..? harap sihat juga...
sebenarnya, ana ada kisah untuk dikongsi...
seorang yang lumpuh dan tiada harapan,
kembali sihat atas keajaiban dan kuasa tuhan...
1 hari , seorang wanita tersenyum seorang diri.. menikmati alam sekitar penuh ketenangan di hati,
kesyukuran dipanjatkan berkali-kali.. kerna nikmat yang sangat indah kurniaan illahi..
lantas, dia tangkas bangun, dan mulakan langkahnya...
ingin menceritakan kepada semua ''cerita hati'' dan kisah hidupnya agar memberi manfaat kepada orang lain...
pabila jejari mulai gatal, kata hati terus membuak menceritakan cerita hati seorang insan, dibawah siulan merpati putih, mencari cahaya hati kita yang kian lama malap, bahkan sang pengemis jalanan mencari cinta ini terus meluru ke komputer ribanya...
lalu menaip dengan penuh teliti:
''ada mesej yang ingin ana sampaikan..
dulu, kata abah ana, pada peringkat awal ana lumpuh, doktor menyatakan ana sudah tiada harapan lagi untuk kembali normal seperti insan normal..
ana akan kekal berkeadaan sedemikian sehingga mata ana tertutup buat selama-lamanya..
malah doktor juga ada menyatakan, setiap kali ana mengalami serangan penyakit ana (multiple sclerosis), keadaan akan menjadi semakin teruk dan semakin-semakin teruk..
mungkin dalam tempoh 5 hingga 10 tahun saja ana boleh hidup..
dan dalam tempoh itu, satu persatu ana akan hilang keupayaan..
bermula dari kehilangan upaya untuk berjalan(lumpuh), penyakit itu akan mula bergerak secara perlahan-lahan sehingga ana tidak lagi mampu untuk bangun dan hanya mampu untuk berbaring saja..
yes...!
pada peringkat awal, ana mengalami apa yang doktor katakan..
ana lumpuh, selepas itu ana mengalami keadaan seperti parkinson, selepas itu otak ana menjadi lembap, ana hilang ingatan dan yang paling teruk mengalami trauma secara tiba2 tanpa di ketahui sebab...
pada peringkat awal ana lumpuh,
tiada titisan airmata yang berguguran.. namun, ketika mengalami serangan kedua pada bulan 6 tahun lalu(2012), kerap kali ana menangis.. bukan kerana tewas dengan ujian, namun emosi semakin tidak mampu dikawal..
benda yang tak sepatutnya ana menangis pun, ana menangis juga.. !_!
Allah maha adil...!
dari awal ana tak pernah salahkan DIA bila ana di timpa keadaan sedemikian..
ana bersyukur dan ana sentiasa senyum walaupun ana tidak lagi seceria sebelum ana sakit..
tidak lagi selincah seperti sebelum ana jatuh sakit..
apa yang ana lakukan..???
banyakkan baca quran..! itu yang paling penting...
sentiasa berfikir positif.. said to my self that semua nie hanya sementara..
pujuk diri di kala lemah bahawa Allah uji tanda sayang..
tahan sakit apabila jatuh ketika cuba untuk berdiri..
tahan sakit apabila jatuh di dalam bilik air ketika cuba mendapatkan tongkat seusai membersihkan diri..
ketika itu,
semua orang ingat ana perlukan bantuan..
yes..!
pada peringkat awal ana sangat perlukan bantuan.. bahkan..! kasut pun mama yang tolong pakaikan...!
mama bukan hamba...! bukan hamba..! tapi kerana puteri bongsunya, dia tetap lakukannya tanda kasih dan sayang seorang ibu..!
menaiki tangga juga ana di angkat...
semua yang ana alami buat ana terus memasang tekad untuk sihat dan sembuh..
ye.. ana tahu, orang cakap penyakit ana takkan sembuh.. xpewlah.. yang tu urusan Allah kan.>??
yang penting ana usaha untuk berjalan seperti biasa sekurang2nya..
bukan dengan mudah menyerah kalah di saat doktor menyatakan tiada lagi kesembuhan..
disaat terasa kesukarannya untuk melakukan apa2 dengan sendiri...
andai tewas, syaitan bergolek2 duk ketawa sebab berjaya mempengaruhi hati seorang yang bergelar islam...
nah..! lihatlah... sekarang ana semakin sihat..
dari pada ana tak boleh nak dukung anak buah ana sendiri, kini sudah boleh..!
ana akui, langkah ana tidak boleh sebanyak langkah orang yang sihat tapi syukurlah..!!
akhirnya, Allah kembalikan kesempurnaan itu...
jom tengok apa yang Allah cakap dalam kitabnya.. ^_^
" boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu.. sesungguhnya allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.."( albaqarah:216)
"allah tidak akan membebani seseorang itu melampui batas kesanggupannya........."(albaqarah:286)
"mintalah pertolongan pada Allah dengan sabar di dalam solat yang kusyuk.. sesungguhnya solat itu amat berat melainkan bagi mereka yang kusyuk.." (al baqarah:45) (xthu betul x ayat 45 sebab samar2)
"dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka(org3 yg munafik berkata "siapakah diantara kamu yg bertmbh imannya dgn keturunnya surah ini..?" adapun org2 yg beriman, maka surah ini menambahkan imannya dan mereka merasa gembira"(attaubah:124)
"DAn sungguh, kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yg benar dan pasti mengetahui orag2 yg berdusta.."(al-ankabut:3)
banyak lagi ayt2 cinta dariNYa yang boleh menjadi asbab kenapa ana memilih untuk berfikir positif dan teruskan kehidupan seperti biasa..
kenapa perlu cepat berputus asa sedangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kita tak tahu...
berhusnuzhonlah dengan Allah...!
insyaAllah.. Allah bantu..
Allah bantu kuatkan kita..!
Allah bantu tabahkan kita..!
yakinlah..!
Alhamdulillah.. dah dekat 3 bulan rasanya ana kembali boleh berjalan seperti biasa...''
-maka tamatlah kisahnya...-
u make me cried..
ReplyDeleteBersangka baiklah padaNya. Allah tahu yg terbaik untuk hambaNya. ☺
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.