Monday, 21 January 2013

kepada kekanda ke?? ^_^


Cinta....
ramai suka cinta...
tapi pada siapa kita tujukan cinta???
sudah berbalaskah cinta kepada pencipta???
cinta rasul nabi yang mulia??
cinta ibu bapa??

biar jauh asal hati tak berubah..
biar tak jumpa asal hati tak lupa..

cinta kepada Allah, tapi kita pernah lihat Allah ke??
cinta kepada nabi, tapi kita  pernah ke jumpa nabi??

tapi sedarlah......
meskipun kita tidak melihat Allah, berapa banyak nikmat yang Allah beri, cuba kira...
cuba bayangkan jikalau semua sistem dalam tubuh, perlu dibayar sewa, sistem penghadaman, pernafasan, dan pengaliran darah... mampukah kita??
cuba bayangkan, jikalau, oksigen, sekali sedut, perlu dibayar, jenuhnya manusia....


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)

tapi.... 
Allah yang pengasih lagi penyayang, memberi penuh kasih, nikmat ini kepada makhluk...
Allah beri panduan kepada manusia menghadapi medan peperiksaan dunia..
semua sebab apa????

sebab, Allah maha pengasih lagi penyayang,
pintu taubat dan ruang ibadat dibuka seluas-luasnya buat yang ingin kembali..

dalam 1440 minit sehari, berapa minit kita peruntukkan untuk dia??
Ya Allah, hinanya aku disisimu...
sedangkan kau penuh kasih menyambut tangan yang menadah memohon keampunan..
sedangkan kau menunggu dan menunggu kembalinya hambamu ke pengkalan...
tapi aku??  kenapa dengan aku??

tidak mengapa andai berulang kali kalah...
bangkitlah meskipun bertongkatkan tangan berlantaikan Dahi..  ::

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]



Lau kana bainana....
apa agaknya aku nak cakap kat rasulullah....
menatap keindahan wajahnya pun, nescaya aku tak mampu mengangkat wajah...
malu...., malu  dengan baginda....
tunjukkan cinta dengan amalkan sunnah dan ajaran rasulullah..

ustaz Don Daniel pernah kata,dia sungguh-sungguh hafal nama penuh ni depan kaabah...
agar , bila Allah tanya bukti kecintaan dia pada rasul, at least dia boleh jawab nama penuh nabi..

jadi , jom hafal nama nabi... moga usaha sekecil kuman ini mendapat redha Allah dunia akhirat...



Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan.
Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja, ke atasnya menjadi perselisihan. 

Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya dengan nasab ibunya.


Dalam Azan: 

sesiapa  yang baca jawab azan dan bace doa azan.... dengar betul ni!!!  :

part:  '' aati saidina muhammadanil wasilata wal fadhilah.....''
sabda rasulullah : siapa yang  doakan aku  untuk dapat makam wasilah itu..., wajib untuknya syafaatku.

tak nak ke shbt2???? sehari  5 kali jawab azan dan seminggu 35 kali kita doa, takkan Allah dan nabi tak tahu... mereka tahu!!! jadi jangan sia-siakan !!!!!!

 Dari titisan AIRMATA, Kita belajar MENGERTI..
 Dari rasa KHUATIR, Kita belajar PERCAYA..
 Dari rasa KEHILANGAN, Kita belajar MENGHARGAI..
 Dari rasa BERSALAH, Kita belajar MEMAAFKAN..
 Dari sebuah HARAPAN, Kita belajar BERJUANG..

 Dari sebuah PERJUANGAN, Kita belajar BERKORBAN..

 Dari sebuah PENGORBANAN, Kita belajar KETULUSAN..


# subhanallah... Maha Suci ALLAH daripada segala sifat kekurangan.. cintailah Allah dan rasul..

banyakkan zikrullah, walau dimana kita berada, lazimi berselawat... moga kita peroleh syafaat. ^_^
moga Allah tanamkan cinta yang tidak putus-putus dalam hati kita padanya..

biar  tak bertemu , asal hati sentiasa rindu
biar tak jumpa , asal hati tak lupa  ^_^









No comments:

Post a Comment