Tuesday 4 September 2012

Cerita cinta kita

Assalamualaikum semua!!
sihat ke semua??
ye ke ni sihat?, betul ni??
admin harap, anda semua sihat sentiasa...
selawat dan salam ke atas nabi junjungan dan keluarganya..
kali ini bicara kata yang disampaikan bertajuk ''cerita cinta''
ada cerita sikit nak kongsi.. hehe..

kisah ini berlaku baru seminggu yang lalu..
ada dua orang sahabat yang baik..
kedua-duanya asyik berbicara tentang cinta..
geli sungguh bila mendengar coretan kisah mereka..



satu hari, mulalah dialog mereka...

''aku rindulah kat dia, dahla cantik, cun plak tu.. peeehh.. indahnya dunia..''ujar Ali.

''eleh, kau ni, aku punya lagi special tau..hehe.. kekasih aku lagi swet tau, dia sweet sangat..
setiap hari kami dating, bukan sekali atau dua kali, tapi banyak kali sehari tau, hehe'', sahut Iman.

''amboi kau ni.. harap je selalu update blog, tapi dua kali lima je gan aku, hahaha..'' usik Ali..

''biar ar.. dia selalu call tau,  bagi surat cinta lah, selalu kasi aku hadiah tau.. kalau dating aku terlewat, bukan main marah lagi dia, tapi tak pe.. tandanya dia rindu , dia kasih pada aku tau.. huhu'', ujar Iman dengan bangga..


''Kau ni Iman, sweet gile cinta kau, haha, ape punya blogger la kau ni, kongsi berbagai status islamic, tapi bukan main miang lagi kau yee... Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kau cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kau cakap siapa dia. Mana tau aku kenal....", kata Ali
"Betul ni nak tau?", tanya Iman
"Iya... Mana tau nanti aku boleh boleh keluar sama dengan dia hehe," ujar Ali
"Allah.", jawab Iman sambil tersenyum...
Ali terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibir Iman. Iman yang dari tadi duduk di sebelah Ali tersenyum melihat sahabatnya terpinga-pinga.
"Mesti kau terkejut kan kenapa aku cakap macam tu?" , Iman mula berbicara..
Ali masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. . Tapi...
"Tapi.... Tadi kau kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kau cerita as if he is a man. Tapi...."
Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di minda Ali..


"Ali, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call aku. Kalau aku tak jawab, kalau aku tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran'', kata Iman.
Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba kau bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?, nak makan kene bayar untuk proses penghadaman, nak rasa kene bayar untuk sensory receptor bertindak,dan nak hirup oksigen kene bayar sekali sedut 10sen.. macamana kalau macam tu??? tak ke jenuh tu...
Tiada kata yang dapat Ali susun untuk mematahkan hujah teman sebiliknya itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Ali tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.
"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, aku cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."
"Ali, kau nak tak isteri yang baik?" tanya iman lembut.
Ali mengangguk tanda ya.
"Kalau kau nak isteri yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.
Sekali lagi Ali mengangguk tanda setuju.
"Jadi, apa kata sebelum kau bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu.
 Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"
Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang tersemat di otak hati Ali. Sekarang, baru dia mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yang sweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love story kita akan menjadi indah bersama pencipta kita...

MENANGIS ALI MENDENGAR TUTUR SAHABATNYA, DIA MEMELUK SAHABATNYA SEERATNYA, PENUH KEINSAFAN, PENUH KASIH SAYANG, TANGISAN YANG TIDAK PERNAH TERLUAH SEBELUM INI...

ALHAMDULILLAH...


>>> Ya Allah, LAMARLAH hatiku dengan cintaMu..agar aku dapat terus BERPAUT dalam redhaMu..♥♥

Dalam badan manusia mengandungi banyak air...tapi bila anggota badan terluka, mengapa darah yang keluar?
Dalam hati (jantung) manusia ada banyak darah,tapi bila hati terluka...mengapa air mata yang keluar???
Subahanallah...kuasa Allah yang tak terbatas dek akal manusia...jadi..

ucapkanlah Alhamdulillah setiap ketika..
dating awal waktu dengannya..
tunaikan ibadat penuh ikhlas padanya..
titiskanlah air mata tangisi dosa dan salah kita padanya..
kerana dia si pemilik cinta..
yang telah menulis love story kita..
sweetkan Allah dengan kita ^_^

“Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”





Silver in hand, golden in heart...biar tak bertemu sekarang,asalkan bertemu disana... 

4 comments:

  1. subhanallah...
    mabrook!!
    jazakallahu khoiron kathir

    ReplyDelete
  2. tersentuh sangat2,terimakasih penulis.keep it up...maattaufiq wan najah...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, ilham dari tuhan, maga2 kita dapat manfaat dan sentiasa dalam redhanya...

    ReplyDelete