Friday, 3 August 2012

Malam terindah si pemilik cinta



Assalamualaikum..

 seronok bila faham khutbah jumaat yang selama di malaysia tidak aku syukuri, 
di bumi arab terkebil-kebil memahami khutbah sekerat-sekerat..
alhamdulillah  ^_^

berbicara tentang.. MALAM LAILATUL QADAR    ^_^

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa patut saya doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut: 

“Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu, oleh itu maafkanlah segala kesalahanku.” (Hadis riwayat Abu Daud). 


Hayati firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186) 

untungkan umat nabi muhammad, kalau umat nabi lain dikurniakan umur yang panjang untuk beribadat, tapi kita??
macam2 ganjaran, bukti keadilan tuhan

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Adalah Rasulullah S.A.W telah beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir daripada Ramadhan dan baginda S.A.W bersabda yang bermaksud : Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan

Antara hikmat disembunyikan Lailatul Qadar menurut Imam al-Razi seorang ahli tafsir terkenal ialah 
1.Agar umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja. 

2. Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat walau pun telah ditetapkan malam tertentu atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah kerana berbuat maksiat dalam keadaan tahu lebih besar dosanya. 

3.: Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu. 

4.Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya.

 waahh... sedapnya nasi empit, kuah kacang, rendang daging, sayur masal lemak, fuhhh..menggugat iman, tapi ketahuilah..

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Jangan di sia-siakan malam lailatul qadar..berlimba-lumba mengejar peluang emas yang disedia tuhan, andai ini ramadhan terakhir buat kita,jangan sia-siakan..  
berlumba-lumbalah bangun di malam hening dan mengharapkan pahala Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Zikrullah iaitu dengan mengingati Allah sebanyak mungkin secara lisan dan hati. 

 1)panduan hidup dlm khidupan sharian..klau ikut, insyaAllah dpt husnul khatimah.. dlam khidupan sharian, bhgikan kpd tiga bnda:


i) ada bhagian ilmu..dlm shari, tmbahkan kfhaman tentang:
* Allah
* Rasulullah
* Ayat al-Quran ( at least 1 ayat )
* Hadis2 rasulullah sallallahualaihiwasaalam
ii) bahagian ibadat
* jaga yg wajib
*amaln sunat..yg pnting, jaga dhuha, witir n tahjjud
* zikir ( al-Quran dan al- Ma'thurat )
iii) ada bhgian perkhidmatan
* berbakti sesama individu, sesama ummah
* berkhidmat kpd Allah, Rasulullah ( bela agama Islam )

2) amalan para ulama, pagi dan petang: 
i) surah al-'alaq
ii) surah al-qadr
iii) surah al- Zalzalah
iv) surah al- Quraisy

3) amalkan asmaul husna ( pg dn petang ):
i) Ya Fattah Ya 'Alim ( 100 kali ) - utk dmudhkan urusan ilmu
ii) Ya Fattah Ya Razzaq ( 100 kali ) - murah rezeki
iii) Ya Latif ( 127 kali ) - tuk dilapangkan hati

4) pesanan dr seorng ulama besar Makkah, keturunan Rasulullah sallallahualaihiwasallam:- belajar sungguh2,, mst cmrlang dlam study
- trget dlm bidang medik ni tuk jd pakar.. pakar yg betul2 pkar, bkan cikai2
- tanggungjwab pelajar prubatan sngt dekat dgn islam


amalan yang insyaAllah dapat membuatkan kita sentiasa ingat Allah dan membantu membawa kepada taqwa:

( amalkan sebelum tidur tuk muhasabah diri )
Allahu ma'ie (Allah bersamaku)
Allahu haafizi (Allah menjagaku)
Allahu haadhiri (Allah ada bersamaku)
Allahu naaziri (Allah melihatku)
Allahu syaahidi (Allah memerhatiku)
Allahu qaribun minni (Allah sentiasa dekat denganku)


telah berkata Habib Umar.
                            Diantara sebab turun Bencana adalah??

سَبَبٌ مِنْ أسْبَابِ نُزُوْلِ الْبَلاَءِ وَ الْمَصَائِبِ قِلَّةُ الْبُكَائِيْنَ فِى جَوْفِ اللَّيِ

Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

Maka jadikan kalam ini satu muhasabah bagi bencana2 yang sering melewati kediaman kita,,dari segi ketidak amanan rumah tangga,,bencana Alam dan sebagainya.


selamat  beramal,  ^_^





No comments:

Post a Comment