Assalamualaikum..
sihat ke semua..
alahai... rindu tak terubat :(
dulunya tersingkap keindahan dan kebahagian yang sukar di ungkap
dengan kata-kata..
sekarang hanya ungkapan bicara bisa aku tulis pengubat rindu di
dada..
dulunya terpancar keseronokan dan keasyikan melihat rumah
Allah di depan mata,
kini aku kembali ke tanah air menyambut hari raya...
Allah..
rindunya nak lihat kaabah depan mata, dulu lihat hanya di tv..
dulu juga hanya lihat dibentangan sejadah..
juga dilihat hanya di frame2 terhias di dinding
tapi sekarang?? sungguh aku teramat rindu..
rindu melihat rumah Allah dan makan nabi muhammad s.a.w...
Ya, Allah, moga ziarah sebelum ini bukan yang terakhir buatku..
amin..
mari pergi ke 1 situasi:
“Kamu rindu nenek tak?” sapanya ayah spontan selepas memberi salam dan khabar.
“Ya, mestilah rindu ayah.., nenek terlantar di Hospital akibat sakit tua dalam beberapa hari yang lalu, insyaAllah nenek sihat2 je..” Jawabku tenang.
“Nak..dia telah meninggal dunia baru beberapa minit tadi” ungkap ayah tenang.
“Innalillah wainna lillah,
ilaihiroji’un, Allahu Akbar” tersentak.
Terasa ingin rebah tiba-tiba.
Allah huakhbar....
teringat nenek ketika melawat di hospital. Badan dia makin susut, batuk muntah darah, bibir menggigil bila minum air, nenek dah tak boleh makan makanan berat-berat, cuma minum susu yang ibu buat, kadang-kadang... susu tu warna pink, sebab terkena darah yang keluar dari hidung nenek..
Allah huakhbar....
teringat nenek ketika melawat di hospital. Badan dia makin susut, batuk muntah darah, bibir menggigil bila minum air, nenek dah tak boleh makan makanan berat-berat, cuma minum susu yang ibu buat, kadang-kadang... susu tu warna pink, sebab terkena darah yang keluar dari hidung nenek..
Tatkala tiba di rumah, saudara mara lain sedang menangis teresak-esak.
Tangannya masih lagi menggenggam kemas henfonnya. Semua terdiam seribu bahasa,
keliru sama ada hendak tegur atau tidak. Lantas dibiarkannya dan terus masuk ke
bilik untuk tenangkan diri ini juga.
nenek pergi pada hari jadi ayah..
1 hari sebelum interview JPA 13 april 2011
Dalam kenangan......
nenek pergi pada hari jadi ayah..
1 hari sebelum interview JPA 13 april 2011
Dalam kenangan......
nama: Rahimi binti Tajah
tarikh pergi : 12 April 2011
jam: 1 a.m
hari: Ahad
sakit: sakit tua
tempat: Permas Besar, Pontian, Johor, Malaysia..
minta tolong sedekahkan fatihah ye kawan2.. ^_^
aku tahu detik indah tu datang hanya sementara sahabat2..sampai 1 masa ia pergi ibarat terbangnya debu di atas batu..
sama juga dengan kita di dunia..
sampai 1 masa detik dan ketika kita akan pergi..
sama juga dengan kita di dunia..
sampai 1 masa detik dan ketika kita akan pergi..
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka
terbahagilah dia kepada limabahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
nak tau tak, dulu ustaz pernah cerita
perihal orang di kubur..
ustaz kata, ada yang minta extra time
dari Allah untuk hidup di dunia..
untuk apa???
untuk berzikir WALAUPUN HANYA
SEKALI.....
mereka ini muflis di hadapan Allah
meskipun kaya di dunia...
Sesudah kematian, mata, telinga dan kulit badan manusia akan menjadi saksi akan semua perbuatan yang dilakukan manusia sewaktu di dunia.
Allah kata apa??
Firman Allah s.w.t.: “Sehingga
apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta
kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yeng telah
mereka kerjakan.”(Surah Fussilat : Ayat 20)
soalan malaikat yang akan dijawab oleh amalan kita...., tingkatkan
amalan moga kita mampu menjawabnya, insyaAllah..
1. Siapakah Tuhan
kamu?
2. Siapakah Nabi kamu?
3. Apakah keyakinan
(iktikad) dan kepercayaan Nabi kamu?
4. Apakah ikutan dan
panduan kamu?
5. Apakah qiblat kamu?
6. Sembahyangkah
kewajipan kamu?
7.Siapakah saudara
kamu?
8. Siapakah bapa agama
kamu?
9. Apakah arah tuju
hidup dan mati kamu?
“Ya Allah Ya
Tuhanku! Berilah aku sabar serta balasan yang baik untuk menghadapi kesusahan
dan ujian berat yang menimpakan ini, dan gantikanlah bagiku dengan yang lebih
baik daripadanya”.
firman Allah swt yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali-Imaran:185)
Terfikir pula, andai aku sedang duduk,
tiba-tiba datang malaikat berhasrat mencabut nyawa, tanpa ada alarm yang
memberitahu. Padahal pada waktu itu masih bergelumang dengan dosa.
ya Allah!!! apa aku nak buat masa
tu?? takkan nak senyum je kot, pahala tak cukup lagi nih! dosa banyak lagi
bergelumang... saham akhirat tak banyak lagi dilabur di facebook dan laman
sosial..
aarrgghhhh.... nanti dulu...!!..
maka firman Allah:
kerana itu, para ulama’ berkali-kali mengingatkan
bahawa setiap hari hendaklah muhasabah diri mengenai kematian walaupun
seketika.Dan kematian tu datang tanpa di jangka..
Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka
apabila
datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun,
dan
tidak dapat pula mereka didahulukan.
(al-A’raf : 34)
MATI itu pasti! Bertaubatlah
kepada ALLAH atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan sampai nafas di
kerongkong baru kita tersedar dan masa itu sudah tiada peluang untuk bertaubat
kepadaNYA..
Ya ALLAH matikanlah aku, keluargaku,saudara maraku dan sahabat seperjuanganku dalam husnul khatimah dan limpahkanlah rahmatMu bersama kami.
Ya ALLAH matikanlah aku, keluargaku,saudara maraku dan sahabat seperjuanganku dalam husnul khatimah dan limpahkanlah rahmatMu bersama kami.
Tersebut di dalam
Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai
ubatnya:
a. Dunia itu racunnya
dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Ali bin Abi thalib
radhiyallahu ‘anhu berkata,
”Sebaik-baik kalian adalah setiap orang yang diuji (dengan dosa) lagi bertaubat.” Ditanyakan,”Jika ia mengulangi lagi?” Ia menjawab.”Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat.” Ditanyakan,”Jika ia kembali berbuat dosa?” Ia menjawab,”Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat,” Ditanyakan ,”Sampai kapan?” Dia menjawab,”Sampai setan berputus asa.”
”Sebaik-baik kalian adalah setiap orang yang diuji (dengan dosa) lagi bertaubat.” Ditanyakan,”Jika ia mengulangi lagi?” Ia menjawab.”Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat.” Ditanyakan,”Jika ia kembali berbuat dosa?” Ia menjawab,”Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat,” Ditanyakan ,”Sampai kapan?” Dia menjawab,”Sampai setan berputus asa.”
Diringkas dari kitab Sabiilun Najah min
Syu'mil Ma'shiyyah (13 Penawar Racun Kemaksiatan) karya Muhammad bin Abdullah
Ad-Duwaisy
bila rase hati dan diri
terluka dihiris dosa...
tak mo sedih-sedih dan
kecewa...
sebab pintu untuk padamkan
dosa itu luas Allah buka...
iringilah dengan amalan
kebaikan yang Allah suka..
Rasulullah shallahu ‘alaihi
wasallam bersabda,
”Bertakwalah kepada Allah
dimana saja kamu berada, dan iringilah keburukan dengan kebaijkan maka
kebajikan itu akan menghapus keburukan tersebut, serta perlakukanlah manusia
dengan akhlak yang baik." (Ahmad dan Tirmidzi) :)
Tika ku terasa ingin berdiri
tubuhku kaku terus membeku,
aku disapa sang hati melambai
memujuk rayu;
tersingkap rintihan yang
mendesak dirimu..
maka bersabarlah ye..
sehingga dibatasan waktu.. :)
Kekuatan dan kebahagiaan ada
pada tangan-Nya,
mintalah laksana sang
pengemis yang hina menagih kasih-Nya!
biar diri bersabar menahan
duga,
jangan tersungkur dilembah
dosa
Tuhanku, usah biarkan aku tersadai di persisiran dunia
tanpa hidayah dari-Mu. Jangan biarkan aku tersesat jalan dan jatuh pada
kebinasaan tingkahlaku yang mengundang murkamu
dan juga jangan biarkan aku terleka dengan dosa
yang hanya akan membuatkan diri yang lemah ini terhumban ke neraka-Mu.
lelehan air mata tangisan
duka...
wajah sayu memenuhi rasa...
langkah longlai sukar
dikata...
terkulai bicara terdiam
seketika....
Ya Allah ,
baaanyaaak sangat dosa hambamu ini....
sedangkan pintu taubat luas engkau limpahi....
kuntum kemaafan yang penuh seisi langit dan bumi...
sedar atau tidak , mati semakin menghampiri...
70 kali sehari malaikat datang menziarahi...
21 minit sekali wajah ditatapi...
anak adam yang asyik dengan kenikmatan duniawi...
tempatkan kami ya Allah bersama org beriman,
hidupkan kami dengan nur iman,
terangi hidup kami dengan sinar al-quran
dan matikan kami dalam iman....
jom buat persiapan!:
1.baca quran dan bertadabur-buka pintu hati
2. solat malam=menerangi kubur
3.berkumpul dgn org soleh=terbimbing
4.banyakkan puasa=pelihara diri dari dosa
5.zikir= beratkan timbangan amalan di mizan
6. solat taubat setiap hari= sucikan diri dari dosa..
kongsi2 la dengan sahabat2 lain,
semoga kita bertemu di syurga nanti
meskipun sekarang kita tidak mengenali..
^_^
No comments:
Post a Comment