Assalamualaikum..
alhamdulillah,
syukur pada tuhan , dikurniakan usia dan nafas yang masyuk..
bila duduk bersimpul dihadapan laptop penuh khusyuk..
bermuka buku @ berfacebook penuh seronok..
hampir setiap hari dalam bilik kita terperuk..
tapi....
baru tersedar dari lamunan, adakah kita buat sebegitu rupa pada
al-quran???
sedangkan kita mengharapkan syafaat al-quran di hari
pembalasan.....
kita takut lihat segelintir manusia di
seksa, di bunuh, dan di hentam habis-habisan...
tapi takutkah kita dengan azab dan pembalasan tuhan??
saban hari berlalu pergi
setiap detik pergi tanpa kembali..
semakin kurang usia di bumi
semakin dekat detik di jemput
malaikat ciptaan illahi
detik waktu terus berlalu pergi
terbias gelap dan terang di muka bumi
seribu mimpi datang menyepi
tersemat menjadi teman sejati
lambaian kasih terus menyepi
tak sempurna mencari kasih illahi..
adakah iakan datang menghampiri?
sedangkan hati terus mati..
meskipun rapuh dalam langkah
usah celaru, bimbang dan resah
genggam tekad cuba dekati Allah
meskipun hati gundah dan pundah
seribu mimpi datang menyepi
tersemat menjadi teman sejati
lambaian kasih terus menyepi
tak sempurna mencari kasih illahi..
adakah iakan datang menghampiri?
sedangkan hati terus mati..
meskipun rapuh dalam langkah
usah celaru, bimbang dan resah
genggam tekad cuba dekati Allah
meskipun hati gundah dan pundah
Bisakah cinta yang dicita bersemi ,
mengundang redha dan restu illahi,
sekiranya dosa dan noda santapan
setiap hari,
talian kasih melingkari hati yang selalu mengingatiNya..
tekadkan hati , sucikan diri , bersihkan jiwa
insyaAllah moga peroleh keredaannya.. :)
tekadkan hati , sucikan diri , bersihkan jiwa
insyaAllah moga peroleh keredaannya.. :)
ramadhan kian menghampiri
peluang kita untuk mengumpul bekalan untuk akhirat nanti
jangan sia-siakan peluang ini
kerana ganjaran Allah beri berganda tidak terperi..
Daripada Salman r.a. ia berkata:
Daripada Salman r.a. ia berkata:
"Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan
Syaaban dan sabdanya:- "Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada
kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan
yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang
Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat
pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu." [Riwayat Imam Baihaqi]
-Riwayat Imam Ahmad:Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu." [Riwayat Imam Baihaqi]
"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:"Rugilah
(kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat
atasmu". Aku mengucap:"Amin". "Rugi orang yang
berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke
syurga". Aku berkata:"Amin". Jibril berkata lagi:"Rugi
orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai
terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin".
"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam
ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam
keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan
serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman
kenikmatan."
banyakkanlah berdoa kepada tuhan
agar diri semakin rapat dekati tuhan
letakkan permintaan dan harapan
insyaAllah mendapat kejayaan..
Dari abu hurairah r.a bahwa Rasulullah saw
bersabda: ''Barang siapa yg ingin doanya termakbul pada saat sedih dan susah,
maka hendaklah memperbanyakkan doa ketika saat lapang dan senang'' (at-tarmizi,
kitab Da'awat bab da'watil muslim mustajabah 12/274, disahihkan imam Dzahabi
1/544, dihasankan al-Albani no 2639)
tidak salah kita mengalirkan air mata..
kerna...
Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir
mencuci kekotoran hati
Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari
suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
moga kita peroleh kenikmatan dekat dengan tuhan :)
moga kita peroleh kenikmatan dekat dengan tuhan :)
ramadhan mendatang....
ReplyDeletemaka..
kita pergi...
^^
insyaAllah bang.. ^^, kita pergi_
ReplyDeletekalo de rezeki nak dijemput tuhan di_