Thursday, 12 July 2012

Pimpin tanganku duhai sahabat.. :)


Assalamualaikum..
sihat semua??
betul ke ni????
alhamdulillah, baru-baru nih dinner! seronok sangat....
ramai yang tersenyum waktu berangkat...
tapi,

ramai yang terkesima waktu pulang..
 segala yang dirancang rapi,takdir Allah sememangnya ada hikmahnya, tidak pernah langsung Allah jadikan sesuatu dengan sia-siakan?? 
sebab, Dia tahu semua yang telah,sedang, dan akan berlaku, 1001 hikmah tersirat disebalik takdirnya..

bila tengok sahabat2 tersenyum, alahai.... tersenyum aku sorang-sorang,

bila lihat sahabat2 gelak ketawa riang, Allah hu akhbar gembiranya hati ni,

 bila lihat sahabat2 bergambar bersama, subhanallah  mesranya jalinan ukhwah ini..

bila terpandang sahabat2 suap menyuap, amboi sweetnye..
bila ternampak sahabat2 tunduk sedih, alahai  bersalah pula rasa..



Itulah yang dikata ukhwah yang mekar, mengembang dari menguncup, melingkari sinar hati setiap insan bergelar sahabat. 
Manusia memang suka nak bergurau, tapi dek kerana pendek akal , tak fikir pula soal hati dan perasaan, kesan dan akibat, sampai ada yang percaya ape yang dikata,

 sampai ada yang tidak tidur malam, baca yassin lagi sebab risaukan sahabat2 lain
Allah, Allah, Allah.. indahnya ukhwah ni..sangat ambil berat terhadap sahabat lain.


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 


(Hadis riwayat Muslim)



Bertanya seorang sahabat kepada rasulullah,siapakah sahabat terbaik buat kami?

sabda rasulullah s.a.w:
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


 biar  kita berjauhan asalkan hati tak berubah, biarkita tak jumpa, asalkan hati tak lupa..  :)


Tali persahabatan memang lama untuk dibentuk, tapi hanya beberapa saat untuk dilerai. andai hati terus merundum duka, usah bimbang dan kuatir, Allah tahu itu lebih baik untuk kita, 

terimalah dengan senyuman, mulut ini kadang kala terlebih-lebih dalam bergurau, sehingga tidak berfikir itu soal hidup mati atau mainan, hati dan perasaan...

meskipun rapuh dalam langkah mendekatimu sahabat, meskipun hati tak sempurna bersahabat denganmu sahabat, namun jauh dilubuk hati ini sahabat, hati ini ikhlas bersahabat denganmu,

 himpunan syaitan yang berpusu-pusu meleraikan talian persahabatan kita, tak kan berputus asa hingga terlerai segalanya.. ukhwah fillah ini di harap hingga ke syurga..



Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat


(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

sahabat-sahabatku...

aku bukanlah saidina Abu bakar Assidiq yg sanggup korbankan nyawa utk sahabat sehingga keperitan yg teramat sgt dirasai ketika di gua tsur. 


aku juga bukanla saidina umar alkhatab yg teguh dan ampuh jiwanya sehingga mampu mempertahankan sahabatnya dgn sebilah pedang.


aku juga bukan saidina uthman yg sopan serta luhur jiwanya malah akulah insan yg lemah serta hina yg tidak layak mengharapkan secebis kasih sayangmu wahai sahabat.


dan aku juga bukanla saidina ali yang mmpunyai kemulian sehingga digelar karamallahu wajhah oleh empunya Alam.


tetapi ...

akulah cuma insan biasa ciptaan Allah..

betulkan andai tersalah 

moga ukhwah kita semua semakin kukuh kerana Allah.. :)
Ana uhibukum fillah ya sohabah :'D

hehehe, ce senyum sikit..  :)













1 comment:

  1. Allahu akbar... masyaAllah.. ya Allah.. berkenannya...=) terima kasih... terharu..hehe.. amat respect hang.. =)

    ReplyDelete