lubang pertama di kiri, makam nabi muhammad,
lubang tengah , makam
saidina abu bakar,
dan lubang paling kanan makam saidina umar
''Saat kalimah syahadah terungkap di bibir si pengaku..
detik janji cinta terungkap di bawah langit biru...
jari telunjuk terangkat di balik bentangan sejadah yang kaku''..:
''aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Aku naik
saksi bahawa nabi muhammad pesuruh Allah''
itu janji kita kepada Allah dan rasul!!
tapi sejauh mana hati kita dekat pada Allah dan rasul??
sejauh mana sunnah baginda kita amalkan tanda cinta yang
sering kita usul??
layakkah kita tersenarai sebagai penerima syafaat baginda
sedangkan kita sering sekali lupa pada rasul??
layakkah kita miliki syurga Allah sedangkan hati keras
dan mati dengan maksiat tanpa memikirkan ajaran rasul??
sedangkan kasih sayang nabi pada kita amat padu
nabi di baling najis, dibaling batu hingga bertakung
darah di sepatu
di caci maki penuh hina, di pulau dan di benci ,
menahan lapar
hingga ikat batu di perut tanpa rugutan dihati,
menyuapkan wanita tua yahudi setiap hari yang lidahnya basah
dengan caci maki nabi,
tapi lembut je nabi suap penuh kasih termatri
1/3 mase nabi untuk diri sendiri digunakan untuk ummat tanpa ganggu 1/3 masa untuk Allah, dan 1/3 masa untuk keluarga...
1 soalan bermain di minda, adakah pemimpin semulia ini kini????
pemimpin yang dah di jamin syurga tapi tetap tawaduk
perjuangkan islam...
yang setiap hari bertaubat kepada Allah meskipun
terpelihara dari dosa...
Para
sahabat sibuk bertanya tentang iman siapakan yg paling hebat..
Maka Rasulullah menjawab:
“Yang imannya paling menakjubkan adalah
orang-orang yang datang setelah kalian. Mereka tidak pernah melihatku tetapi
mereka percaya kepada apa yang aku bawa, mereka tidak pernah berjumpa denganku
tetapi mereka menerimaku, mereka tidak pernah berbicara denganku tetapi mereka
membelaku sebagaimana kalian membelaku. Mereka hanya menemukan tulisan dan
mereka beriman kepada tulisan itu.
Sungguh aku rindu kepada saudara-saudaraku
itu.”
Alangkah beruntung jika kita termasuk yang dirindukan
Rasulullah..
cintakan
rasulullah bukan mainan...
di kala hati sedih, gelisah tak keruan, rungsing binasa
di hiris duka yang parah membisa, hati gusar sengsara pedih memendam rasa, jiwa meronta mencari penawar yang sebenarnya, maka..
selawatlah kepada nabi, kerna....
selawatlah kepada nabi, kerna....
1.selawat
bawa kebaikan dunia akhirat
2.selawat
redakan segala kesempitan
3.selawat
membersihkan, menjernihkan dan mencahayakan hati..
4.selawat
mengikat talian kasih kita pada nabi..
Allah
humma solli a'la saidina muhammad, waa'la alihi wasohbihi wasallim..
1
kali nkita berselawat kepada nabi, 10 kali Allah berselawat kepada kita...bantu
redakan kesempitan,redakan masalah, bantu tingkatkan amal soleh, dan ..bawa
kebaikan dunia akhirat..
bawa
kebaikan dunia akhirat?? macamana tu ek??
-bila
selawat, hati kita terikat cinta dengan nabi seterusnya terlintas untuk...
-kita
tingkatkan pengetahuan tentang rupa, akhlak dan pertuturan nabi kesannya....
-kita
kita ikut segala yang dilakukan nabi..
-hingga
sampai 1 tahap , kita tergolong dalam kalangan hamba yang Allah cintai...
Anas
r.a mengatakan,
seorang arab badwi datang bertemu nabi...
beliau
berkata;''wahai rasulullah bilakah datangnya kiamat?''. rasulullah bertanya
kembali kepadanya, ''Apa yang kau persiapkan untuk kiamat?? ''. Maka jawab
pemuda tadi '' aku tiada persiapan yang rapi, solat tak banyak, sedekah tak
banyak, mengaji kurang, tapi ya rasulullah aku cintakan Allah dan rasulnya''
maka
jawab nabi...''sesungguhnya kamu akan bersama orang yang kamu cintai'' (hadis riwayat muslim)
pada siapa lagi layak kita curahkan cinta?? pada siapa
lagi tempat kita taruhkan kasih?? pada siapa lagi kita hadiahkan setulus jiwa
dan raga?? kalau bukan pada Allah dan pesuruhnya baginda nabi muhammad s.a.w...
jadi, banyakkan selawat kepada nabi
tiap detik dan ketika...
Allah
humma solli a'la saidina muhammad, waa'la alihi wasohbihi sallim..
hadis daripada ‘Ammar ibnu Yasir ra. Rasulullah
bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewakilkan bagi kuburku malaikat yang Allah telah diberikan kepadanya
nama-nama sekalian makhluk. Maka tidak seorangpun yang berselawat ke atas saya
sehingga hari Kiamat melainkan dia menyampaikan kepada saya dengan namanya dan
nama bapanya, Ini Fulan ibnu Fulan, dia
telah berselawat ke atas engkau.”
nabi tahu kita berselawat kat dia, moga kita
peroleh syafaat darinya...
1)panduan hidup dlm khidupan sharian..klau ikut, insyaAllah dpt husnul khatimah.. dlam khidupan sharian, bhgikan kpd tiga bnda:
i) ada bhagian ilmu..dlm shari, tmbahkan kfhaman tentang:
* Allah
* Rasulullah
* Ayat al-Quran ( at least 1 ayat )
* Hadis2 rasulullah sallallahualaihiwasaalam
ii) bahagian ibadat
* jaga yg wajib
*amaln sunat..yg pnting, jaga dhuha, witir n tahjjud
* zikir ( al-Quran dan al- Ma'thurat )
iii) ada bhgian perkhidmatan
* berbakti sesama individu, sesama ummah
* berkhidmat kpd Allah, Rasulullah ( bela agama Islam )
2) amalan para ulama, pagi dan petang:
i) surah al-'alaq
ii) surah al-qadr
iii) surah al- Zalzalah
iv) surah al- Quraisy
i) ada bhagian ilmu..dlm shari, tmbahkan kfhaman tentang:
* Allah
* Rasulullah
* Ayat al-Quran ( at least 1 ayat )
* Hadis2 rasulullah sallallahualaihiwasaalam
ii) bahagian ibadat
* jaga yg wajib
*amaln sunat..yg pnting, jaga dhuha, witir n tahjjud
* zikir ( al-Quran dan al- Ma'thurat )
iii) ada bhgian perkhidmatan
* berbakti sesama individu, sesama ummah
* berkhidmat kpd Allah, Rasulullah ( bela agama Islam )
2) amalan para ulama, pagi dan petang:
i) surah al-'alaq
ii) surah al-qadr
iii) surah al- Zalzalah
iv) surah al- Quraisy
3) amalkan asmaul husna ( pg dn petang ):
i) Ya Fattah Ya 'Alim ( 100 kali ) - utk dmudhkan urusan ilmu
ii) Ya Fattah Ya Razzaq ( 100 kali ) - murah rezeki
iii) Ya Latif ( 127 kali ) - tuk dilapangkan hati
4) pesanan dr seorng ulama besar Makkah, keturunan Rasulullah sallallahualaihiwasallam:- belajar sungguh2,, mst cmrlang dlam study
i) Ya Fattah Ya 'Alim ( 100 kali ) - utk dmudhkan urusan ilmu
ii) Ya Fattah Ya Razzaq ( 100 kali ) - murah rezeki
iii) Ya Latif ( 127 kali ) - tuk dilapangkan hati
4) pesanan dr seorng ulama besar Makkah, keturunan Rasulullah sallallahualaihiwasallam:- belajar sungguh2,, mst cmrlang dlam study
- trget dlm bidang medik ni tuk jd pakar.. pakar yg betul2 pkar, bkan cikai2
- tanggungjwab pelajar prubatan sngt dekat dgn islam
- tanggungjwab pelajar prubatan sngt dekat dgn islam
amalan yang insyaAllah dapat membuatkan kita sentiasa ingat Allah dan membantu membawa kepada taqwa:
( amalkan sebelum tidur tuk muhasabah diri )
Allahu ma'ie (Allah bersamaku)
Allahu haafizi (Allah menjagaku)
Allahu haadhiri (Allah ada bersamaku)
Allahu naaziri (Allah melihatku)
Allahu syaahidi (Allah memerhatiku)
Allahu qaribun minni (Allah sentiasa dekat denganku)
No comments:
Post a Comment