Saturday 28 July 2012

Detik indah bertemu si pemilik cinta


Coretan insan biasa yang mencari redhaNya
si pendosa dan lemah , tiada apa melainkan mengharap kasih dan rahmatnya
Ku harap penulisan ini bmemberi manfaat buat yangmembaca
agar kepulanganmu dari rumah Allah mengundang rindu dihatimu seperti yang ku rasa..
jaga pakaian taubatmu (umrah) 
tingkatkan amalan dan cinta padaNya 
dunia akhirat

Dan penjelajahan bermula....
detik2 keberangkatan ke tanah suci 

 waktu ketibaan kami di jeddah, angin sauna yang indah...bumi barakah, langkah terasa bagaikan padu menjejakkan kaki, nafas-nafas yang disedut seakan memenuhi setiap ruang rongga iman dalam diri..rasa syukur tak terperi dapat melangkahkan kaki di sini..

bersama di hotel madinah, ramai kawan aku rupanya, yang bersama membantu susah dan senang, bangga bersahabat gan korang, aku yang ambil gambar skrg..
bersama ustad azam, berbicara soal hadis dan ibadat umrah, pengisian yang cukup menyentuh hati, melayukan jiwa, meruntun rasa, meleleh air mata, rasa hina diri pada yang esa..



bila termenung sorang-sorang teringat kata mak: 

mak: nak tahu kenapa mak sayang sangat kat kamu?
anak: sebab adik anak makkan?
mak: salah....
anak: abis tu sebab ape mak??
mak: sebab anak mak yang soleh dapat tolong mak kat kubur nanti, dapat tarik mak ke syurga, dapat bela mak depan tuhan , dapat teguhkan kaki mak di titian sirat...
anak: mak ni wat orang nak nangislah... :)  kalau mak tak de, adik tak taula ape jadi, teme kasih atas didikan dan jagaan..

ruangan luas dan indah masjid nabawi, tumpuan ramai setiap detik dan ketika, ...ramai yang rehat dan menunggu waktu solat di sini, air zam-zam available di setiap rak kasut, sejuk plak tu, serius best tak terkata...
perkuburan al baqi' di madinah al munawwarah, ramai sahabat2 rasulullah yang di makamkan disini..mereka terdiri dari sahabat2 rasulullah yang sedia berjuang bersama baginda waktu susah dan gembira, saidina othman al affan jua ada di sini.''salam sejahtera wahai org beriman,sesungguhnya kami akan mengikuti jejak langkahmu''
ruang masuk perkuburan al-baqi'...

pintu keluar makam nabi, pintu baqi' ziarah nabi muhammad, sebak rasa bila melangkah di hadapan insan yang mulia, menggigil kaki memijak lantai berdekatan dengan makam baginda, seluruh madinah mendapat berkat dari jasad baginda, .. moga ikatan hati dengan nabi semakin erat dan berpanjangan.

berlatarbelakang perkuburan para syuhada' uhud..bersama sahabat di bukit uhud, di kisahkan seramai 70 org syahid di sini, semuanya prajurit yang hebat dan berani mempertahankan agama tercinta, hanya kerana  arahan x di tepati ramai terkorban berbanding musuh islam..700 org prajurit berangkat  menentang 3000 org musuh. 3000 org musuh seolah-olah ditentang 30000 prajurit, kecut hati mereka.Antara yang terkorban saidina hamzah, bapa saudara nabi yang tertusuk dgn lontaran lembing.


 bukit uhud,dulu tempat ni tinggi, sekarang rendah skit, kerna hakisan, ini merupakan tempat pasukan pemanah islam seramai 50 orang beraksi, tapi mereka melanggar arahan nabi, 40 org dari mereka turun mengambil harta rampasan perang, hanya 10 orang termasuk ketua mereka yang kekal, hinggalah pasukan berkuda khalid al walid menyerang dari belakang dan membunuh mereka..

Ceria masing-masing beli barang, last shopping hingga larut malam, sampai pukul2 pagi...balik shopping terus sahur di hotel..tapi kali ni di ladang kurma la, bukan shopping kompleks.

 pemandangan dari jabal musa yang tinggi dan indah.. beri inspirasi untuk bermujahadah...menungan kaku, syukur pada yang esa menjadi tetamunya, sedangkan diri banyak dosa dan noda, moga ini titik tolak untuk berubah kepada yang terbaik, banyak faedah bermuhasabah diri selagi pintu taubat masih terbuka.. ..
bersemangat semua berkumpul untuk ke rumah masyeikh..bersiap sedia kontigen ini berjuang merentasi lautan manusia yang ramai di masjidil haram...

Link video ustaz Azam bersama Habib Umar:
http://www.youtube.com/watch?v=Hmb8757U9ng&feature=youtu.be

nasihat daripada Syeikh Umar Jaelani buar hamba Allah, peserta umrah, doktor dan penuntut ilmu..
1. manusia yang buat umrah atau haji, Allah dah pakaikan baginya pakaian taubat.. maka bersungguh-sungguhlah jaga pakaian taubat itu.. jangan palitkan kotoran pada pakaian itu.. pakaian taubat adalah kiasan syeikh Umar kepada keampunan yang Allah bagi..

2. jadilah doktor yang sebenar-benar pakar hingga orang ramai x perlu pergi ke negara lain untuk mencari pakar tapi biarlah mereka datang kepada kita kerana yakin dengan kepakaran kita..


3. antara keuntungan buat umrah musim ramadhan..


- doa ketika berpuasa mustajab
- orang yang melakukan umrah pada ramadhan ibarat mengerjakan haji bersama Rasulullah sallahu alaihi wassalam.. (nikmat yang paling besar)

*semoga Allah merahmati ulama murabbi ini.. tidak kenal kami tapi layan seperti saudara rapat yang datang dari jauh..
air zam-zam banyak sangat, hampir setiap tempat letak kasut ade balang ni. sejuk air zam-zam ni, lega tekak minum, ulamak pernah minum air ni sahaja tanpa makan, kerna ada zat lain yang tiada pada makanan lain, ajaibnya air ini meskipon di pam tanpa henti tidak pernah habis.  kalau minum air ni, bagus berdoa dalam hati  sebagaimana imam syafie lakukan, ''ya Allah jadikan aku seorang yang alim''
                                     


beratur air zam-zam menanti orang datang, mari-mari...huhu

masjid nabawi sememangnya indah, masjid ni telah di perbesar 10 kali menurut ketua rombongan. di perbesar dan di dalamnya merupakan tapak rumah nabi , serta makam baginda, saidina abu bakar, saidina umar, dan menurut ketua rombongan, nabi isa yang akan turun nanti akan dikebumikan bersebelahan makam nabi, di antara nabi dan saidina abu bakar
suasana di raudhah yang tak pernah kosong, apa yang anda nampak ni merupakan keadaan pada pukul 2 pagi, saat ramai orang tidur..nak tau cerita di sebaliknya??


kawasan hijau itu raudhah, yang merah tu kawasan masjid biasa, itu sempadannya..
raudhah, tempat yang  mustajab berdoa, tempat nabi beribadat, kawasan perumahan nabi. 
 "menurut sebahagian Ulamak,tempat ini akan diwujudkan semula oleh Allah selepas kiamat dan diletakkan di dalam Syurga nanti."
kawasan ini terpelihara ketika kiamat, semua tempat hancur binasa kecuali tempat ini, dan akan di bawa tempat ini ke syurga nanti.. jikalau anda berdiri di sini dan berdoa, anda seolah-olah berdiri di syurga ,        
eh tak, memang di syurga!!
makam nabi muhammad s.a.w, ramai berebut ke sini terutama lepas waktu solat, kalau nak lama jumpa nabi, kene datang pukul 2 pagi, tunggu sampai subuh, solat di raudhah, kawasan yang mustajab sangat bila berdoa ''ya Allah , jangan kau jadikan ziarah ini sbg ziarah terakhir kami disini, sampaikan salam tanda kasihku pada nabi muhammad s.a.w''


kata-kata ulamak yang di rakam dan di ctat kembali  :)  :

 1)panduan hidup dlm khidupan sharian..klau ikut, insyaAllah dpt husnul khatimah.. dlam khidupan sharian, bhgikan kpd tiga bnda:

i) ada bhagian ilmu..dlm shari, tmbahkan kfhaman tentang:
* Allah
* Rasulullah
* Ayat al-Quran ( at least 1 ayat )
* Hadis2 rasulullah sallallahualaihiwasaalam
ii) bahagian ibadat
* jaga yg wajib
*amaln sunat..yg pnting, jaga dhuha, witir n tahjjud
* zikir ( al-Quran dan al- Ma'thurat )
iii) ada bhgian perkhidmatan
* berbakti sesama individu, sesama ummah
* berkhidmat kpd Allah, Rasulullah ( bela agama Islam )

2) amalan para ulama, pagi dan petang: 
i) surah al-'alaq
ii) surah al-qadr
iii) surah al- Zalzalah
iv) surah al- Quraisy

3) amalkan asmaul husna ( pg dn petang ):
i) Ya Fattah Ya 'Alim ( 100 kali ) - utk dmudhkan urusan ilmu
ii) Ya Fattah Ya Razzaq ( 100 kali ) - murah rezeki
iii) Ya Latif ( 127 kali ) - tuk dilapangkan hati

4) pesanan dr seorng ulama besar Makkah, keturunan Rasulullah sallallahualaihiwasallam:
- belajar sungguh2,, mst cmrlang dlam study
- trget dlm bidang medik ni tuk jd pakar.. pakar yg betul2 pkar, bkan cikai2
- tanggungjwab pelajar prubatan sngt dekat dgn islam

amalan yang insyaAllah dapat membuatkan kita sentiasa ingat Allah dan membantu membawa kepada taqwa:

( amalkan sebelum tidur tuk muhasabah diri )

Allahu ma'ie (Allah bersamaku)
Allahu haafizi (Allah menjagaku)
Allahu haadhiri (Allah ada bersamaku)
Allahu naaziri (Allah melihatku)
Allahu syaahidi (Allah memerhatiku)
Allahu qaribun minni (Allah sentiasa dekat denganku)


Selamat beramal 

 moga anda juga berpeluang ke sana, kumpul duit sikit2, tak rugi melaburkan wang untuk bertemu nabi dan penciptanya, seronoknya sahabat2... tuhan sahaja yang bisa menggambarkan, umrah yang amat bermakna, pengelola TV azhar yang cekap, pengisian yang bisa menghadirkan air mata di pipi anda, tatapan kaabah yang membakar semangat untuk beribadat, moga perkongsian di atas dan PESANAN AKHIR DI ATAS menjadi amalan..

Hatimu dan hatiku satu bukan dua, terciptanya kita untuk Dia... tuhan yang esa...
moga anugerah cinta ini  terus mekar hingga ke syurga

5 comments:

  1. salam..

    pertama,seyes slma nie igt blog nie blog akhowat..

    seyes tak tahu nk ckp ape lpas bca entry nie..
    cemburu,jeles,sedeyh...T.T

    tapi xpela mungkin bukan rezeki lagi kot nk jdi tetamu Allah..

    apepun,bersyukurlah...
    rmai lagi kat luar sne nk pi sini..
    pak cik mak cik yg dah tua tu..
    ade lgi yg xde kesemptan nk jejak kaki kat sini..

    kite muda2 dah dpt merasa..
    melihat ka'bah depan mata..
    subhanaallah..
    sbgai saudara seislam tumpang gembira..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, rezeki tuhan,
    insyaAllah kalau ade rezeki tuhan kasi,
    dapat jadi tetamu dia,
    syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Semoga kita termasukdlm golongan AL-Abrar..

    ReplyDelete
  4. terima kasih infonya sangat bermanfaat...semoga allah meridhain saya kesana amin..

    ReplyDelete