Sunday, 10 June 2012

Usah tangisi yang pergi



kerjaya doktor merupakan pekerjaan pasangan suami isteri ini,
meskipun begitu, hospital mereka berbeza dan jauh sekali,
mereka sering menalifon setiap kali waktu solat untuk ingat-mengingati,
sering juga mereka bermessage mengubat rindu dihati...


di kala kesunyian malam yang dingin dan nyaman
tika suami isteri duduk berbual sambil memikirkan masa depan
terlontar bicara suami memecah kesunyian 
sebagai pembuka tirai malam yang penuh kesyahduan..

suami :awak... Kita main satu game nak tak ?
isteri : Game apa ?


suami : Macam ni , esok awak  kat hospital tak payah contact saya . Mksudnya tak payah text call or apa apa yang berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tengok siapa menang ...

isteri: Okay !



Esoknya , si isteri terpaksalah tahan rindu pada suami . Mengenangkan yang ni satu permintaan , si isteri cuba kuatkan hati .






Keesokkan harinya , si isteri call si suami. Tapi tak dijawab , jadi si isteri pegi ke hospital suaminya .Di department suaminya ,ramai orng . Dia mula rasa pelik dan terus masuk ke dalam . Sekujur tubuh terbaring kaku di atas katil hospital . Dan tubuh tu adalah jasad si suami yang dah meninggal . Mak si suami pun bagi surat dekat si isteri .

Surat ringkas yang bertulis :


''Awak , semalam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dapat hidup bahagia tanpa saya ,tunggu saya di pintu syurga ye     :)'




Nak dipendekkan cerita, suaminya mengidap penyakit parasitic infestation as bilharziasis, increase amaunt of eosinophil  above 5% (page 106, baris 14 teks book histology department, point ke 2)   huhu..

kesimpulannya, semua yang pergi tidak kembali, yang pergi tetap pergi...
kejayaan hari esok bermula langkah pertama pada hari ini...
persis si suami yang tahu akan pergi ..
sudah bijak mengatur strategi..
agar si isteri cekal dan tabah meniti hari tanpanya di sisi

sama jua seperti keadaan kita kini...
 sedang di medan peperiksaan dunia yang beronak duri
dunia sebagai perantau tempat mencari bekalan hakiki
hubungan dengan tuhan jangan anda tinggal ditepi..
ambil ia sematkan di hati..

bukanlah yg buta itu mata,

 tapi hati.. 

meskipun hati tewas berkali-kali, terus berdiri taat kembali.. meskipun 

bertongkatkan tangan berlantaikan dahi...

usah putus asa mengejar redha Illahi.


"Robbana a'laika tawakkalna wailaika anabna wailaikal masoir" - 'Wahai Tuhan kami, kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kami kembali.' - Al Mumtahanah 4. 






No comments:

Post a Comment