Assalamualaikum semua... ^_^
sihat ke?
harap semua sihat2 je...
moga iman kita jua semakin gagah perkasa..
dah jadi hobi plak bercerita, jadi ce bace crita nih...
berlaku di satu kawasan yang terpencil..
bunyi cengkerik ''crik,crik'' silih berganti..
Malam masih muda.Tapi kian suram dek kerana tiada penyeri hari yang riang gembira..
biasanya kalau ada Amir, semuanya ceria, tapi kini sebaliknya..
dia, dia.. dia tidak lagi seperti dulu...
sering termenung, menangis seorang diri, dan sering terperap di dalam bilik..
satu hari, Amir balik rumahnya...
dia menetap bersama tiga orang rakannya Ali, Abu, dan Azli di sebuah rumah,
dengan wajah yang suram dan bermuram durja..
dihempasnya barang ditangannya sambil berteriak..
''ahhh!! benci ar macam ni..
aku dah wat macam-macam
tapi sama je, semua x de hasil..
tertekanlah camni...
ok ar wey, aku lepak umah Zali arini...
malas ar dok umah..
aku tak pernah lihat kau macam ni..
kami, kami... ada wat salah ke???
siapa yang permainkan kau ni?
cuba cerita sikit, mana tau aku boleh tolong...'' sambung Ali menenangkan Amir.
Tak pe lah Ali, aku nak cari ketenangan sikit.., kata Amir
maka dia pun berangkat ke rumah sahabatnya..
malam itu, oleh kerana terlalu letih, dia tertidur awal di rumah sahabatnya..
dan di awal pagi dia terbangun, terdengar suara yang seakan menenangkan jiwa..
dia bangun dan cuba meneliti,
dia bangkit dan cuba mencari suara merdu ini di awal pagi..
rupanya, itu suara sahabatnya yang qiamullail di awal pagi. Sayu hatinya mendengar tangisan sahabatnya yg teresak-esak mengadu kasih pada tuhan, memohon ampun atas dosa yang dilakukan serta penuh tawaduk dalam setiap perkataan..
Allah..., tersentuhnya hati Amir, lantas segera dia melangkah mengambil wuduk, dan terus melakukan ibadat kepada tuhan. Hari itu dia senyum memanjang, terasa bagai ada sesuatu tenaga yang awesome tersimpan dalam jasadnya.Kulyah di pagi hari begitu mudah difahami, hati sentiasa tenang ingat pada illahi, jiwa tenteram kasih cinta dibalas Tuhan yang suka memberi...
sahabatnya itu, meskipun cemerlang dalam pelajaran, tidak pernah sombong,
hatinya terdidik dgn rasa cinta untuk membantu..
kasih pada sahabat lain..
bagai bidadari lelaki yang hadir melenyapkan kekacauan di hati..
''alhamdulillah'' ucap Amir..
Amir tersedar, sebelum ni, meskipun dia sudah miliki segalanya,
ia tidak seindah memiliki kasih Allah,
ia tidak seindakh merasai kemanisan ibadah..
yang sering merapatkan diri kepada tuhan
hati tenteram penuh senyuman..
Air mata yg mengalir di pipi..
menjadi saksi kesungguhan untuk kembali merapati..
tuhan yang agung dan maha tinggi..
kesimpulan: kekuatan kita bergantung pada perkara pertama kita buat sebaik sahaja bangun tidur, kerna itulah Sultan muhammad al-fateh memilih tenteranya yang solat malam, kerna mereka kuat dalam dan luar..
mari bersama menguatkan diri kita dalam dan luar..
Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia.
No comments:
Post a Comment