Friday, 1 June 2012

Permata cinta yang di cari..





Fitrah manusia ingin disayangi...
setiap hari mencari  cinta sejati..
mengharapkan kasih yang tulus suci..
tulus ikhlas mekar dan lestari...

tapi..
sejauh mana cinta manusia itu suci?

andai kasih tidak terpaut pada illahi
bekalan rindu bukan pada tuhan yang maha tinggi
sutra kasih gagal menunduk nafsu daripada beraksi...
hingga tersingkap amalan yang keji dan dibenci....

andai dikau menyerahkan cinta kepada tuhan yang esa...
saksikanlah lambaian kasih yang terungkap nyata..
bukan faktamorgana atau auta
tapi hakikat yang sebenar termetra..





menerusi hadis riwayat at tarmizi yang nyata,
Dari salman al farisi r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w besabda:

''sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak.Apabila seseorang mengangkat tangannya di hadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong''.

saksikanlah kasih sayang dan cinta tuhan...
bukan kasih dan cinta sebarangan...
tapi kasih suci abadi dan berkekalan
mencurah kasih memberi harapan..

UNTUK  KITA  MENGHARAPKAN   KASIH  DAN  CINTA TUHAN...
JAUHKAN   DOSA  DAN   LARANGAN
 TINGKATKAN   IBADAT  AMALAN
BERMUNAJAT  MOHON  DOSA   DIAMPUNKAN...  :)

No comments:

Post a Comment