Andai Ini kucupan Terakhir...
Hari ini aku jumpa opah. Opah baik sangat dengan aku, dia
selalu masak sedap-sedap tiap kali kami balik kampung. satu hari opah jatuh di
bilik air, dia terpaksa di kejarkan ke hospital kerana keretakan tulang di
pinggang. Sejak hari tu, opah dah tak kuat, dia bertongkat dan berkerusi roda.
Aku menangis bila tengok opah macam tu. tapi, bila tengok senyuman dia, sejuk
hati aku..
Satu hari, opah suruh kami pulang ke kampung, seminggu
sebelum aku duduki peperiksaan spm, kata opah kat aku, cu.. jawap periksa
betul-betul ye.., opah nak tengok cu berjaya.. sambil senyuman terukir di wajah
dia.. sweet sangat :)
Lepas habis SPM, aku di khabarkan opah sakit kuat, badan
dia makin susut, batuk muntah darah, bibir menggigil bila minum air, opah dah
tak boleh makan makanan berat-berat, cuma minum susu yang ibu buat,
kadang-kadang... susu tu warna pink, sebab terkena darah yang keluar dari
hidung opah..
Bila seminggu selepas result SPM keluar pada akhir bulan
march, alhamdulillah, syukur pada Allah bagi aku result cemerlang,.. tapi dalam
keseronokan aku dengan keputusan SPM, opah terlantar dihospital , tengah tenat,
cuma senyuman yang mampu terukir di bibir opah bila kami bertemu, ibuku
menangis tanpa henti. Ibuku kata pada opah,'' mak, maafkan ina ye mak, halalkan
makan minum ina, redhakan hidup ina kat dunia ni ye mak'', habis lencun tudung
mak mintak maaf kat opah..
Saat tu, aku dah tak mampu tahan air mata, berderai air
mata aku mengalir lihat saat-saat terindah dua beranak ini.., sweet sangat-sangat..,
opah yang dah tidak berdaya ,hanya mampu mangangguk-anggukkan kepala... tanda
faham.. aku duduk sebelah opah , cium tangan dia, serius aku rindu nak makan ikan masak pedas pure hand made from opah, ibu pon kalah... :) , kami
berangkat pulang ke rumah selepas itu..
Pada pukul 1 malam, hari ahad, 12 april 2011, kami terima
panggilan dari kampung. terkedu kami pada masa tu. Opah menhembuskan nafasnya
ynag terakhir di pangkuan abang sepupuku, manangis ibu dan ayah sehingga
terbangun aku dari tidur.. ''kenapa ibu, kenapa ayah???'' tanya aku..
''ipi, opah kau dah meninggal... cepat kemas barang, kita
balik kampung sekarang juga !...''
masa tu, abang dan kakak tiada di johor, mereka di perlis sedang menduduki
peperiksaan, tak dapat mereka lihat opah buat kali terakhir..aku masuk ke rumah
opah... aku lihat...
Terbujur kaku tubuh
opah di tengah rumah, suasana rumah yang sayup-sayup sedih..., hanya
tuhan yang tahu.., ibu buka kain yang menutupi opah, ibu cium dahi opah..baca
yassin, disamping aku di sisi opah..sejuk hati aku tengok opah, tersenyum
jenazah dia.., opah dulu suka puasa sunat, dan tak pernah sekali pon lewat
solat, tepat waktu.. alhamdulillah moga opah dapat nikmat sebahagian dari
nikmat-nikmat di taman syurga..
Aku duduk sebelah opah, baca yassin untuk dia, aku yakin
opah tengah tengok aku disamping dia sekarang, aku yakin dia sedang senyum
melihat aku disisi dia sekarang... tegang urat aku tahan air mata saat nih.Tangan
opah aku genggam erat, seerat detik indah dahulu..
Sekarang sayu
sangat-sangat, sebab nilah saat terakhir aku habiskan masa dengan opah..aku
pulun habis-habis doa..dengan harapan bahagia dia disana.. saat tubuh opah diangkat untuk di
solatkan, aku sayu sangat.., manakan tidak?, mase bersama opah semakin
pendek.., berdiriku disaf hadapan solatkan opah, ramai yang datang ketika tu...
Tika opah dikebumikan, aku saksikan semuanya... aku
pegang tubuh dia wat kali terakhir tika diturunkan ke liang lahat...
kami baca doa sama-sama untuk opah, moga dia bahagia
dikebumikan bersebelahan dengan kubur atok ayah.., atok ayah lama dah tak de,
masa ibuku tingkatan satu...
inilah kucupan terakhirku di pipi opah. Semoga roh Opah dicucuri rahmat,
inilah kucupan terakhirku di pipi opah. Semoga roh Opah dicucuri rahmat,
mintak tolong sedekahkan al-fatihah kat opah ye
kawan-kawan.. :) rindu sangat kat
opah... insyaAllah nanti jumpa jua dia di sana...
Dalam kenangan......
nama: Rahimi binti Tajah
tarikh pergi : 12 April 2011
jam: 1 a.m
hari: Ahad
sakit: sakit tua
tempat: Permas Besar, Pontian, Johor, Malaysia..
ya allah..al-fatihah..sebaknye baca..walaupun tak merasa kasih sayang seorang nenek n atok.. :)
ReplyDelete